Thursday, 14 November 2019

hiswadi

testing dok caye ekpun

Friday, 6 June 2014

Kadar tinted yang bakal dibenarkan oleh JPJ

Pihak Kementerian Pengangkutan bakal mewartakan peraturan baru mengenai kadar ketelusan cahaya untuk cermin kereta berkuatkuasa mulai bulan ini.Kadar ketelusan cahaya telah dikurangkan sebanyak 25% untuk cermin penumpang dan cermin belakang yang sebelum ini hanya 50% kadar ketelusan yang dibenarkan.


 Manakala untuk cermin pemandu dan cermin hadapan pula masih kekal seperti asal iaitu 50% dan 70%.Ini bermakna kadar untuk tinted gelap bertambah kepada 75% untuk cermin penumpang dan belakang.Untuk cerita lebih lanjut boleh baca disini Kadartelus cahaya cermin sisi belakang kenderaan dikurangkan kepada 25%

Tuesday, 3 June 2014

Disebabkan FELDA Cadbury jadi halal???

Kenapa status haram telah ditarik balik,sebab syarikat tu milik FELDA,milik Bousted?.JAKIM buat gila dah,pegawai JAKIM sanggup makan Cadbury bila-bila masa untuk membuktikan Cadbury halal,sampai macam tu sekali terdesak JAKIM,pegawai jakim sedia makan coklat cadbury untuk buktikan halal.Halal haram ni seolah-olah perkara mainan,bila-bila masa boleh buat U-Turn.Sudah-sudahlah bodohkan masyarakat terutamanya orang Islam,kenapa terdesak sangat,kenapa keputusan ujian awal tahun dulu disembunyikan?Bila sudah bocor dilaman sosial baru nak bertindak,jangan disebabkan syarikat berkaitan kroni halam haram ditolak ketepi.

Thursday, 29 May 2014

MH370 tidak berakhir dilautan Hindi

Adoi,hari ni dalam surat khabar online Berita Harian ada tulis pasal MH370,apa yang menarik perhatian aku,berita tu tulis pesawat MH370 tidak berakhir di lautan Hindi pulak.Nampaknya isu MH370 akan naik semula selepas disenyapkan dengan isu dna babi dalam Cadburry.Aku rasa rakyat Malaysia ni diperbodoh dengan kerajaan je,mungkin ada maklumat yang kerajaan tahu tapi disembunyikan dari pengetahuan awam.



Kasihan dengan ahli keluarga peswat MH370,kehilangan pesawat tersebut benar-benar merobek perasaan ahli keluarga,sekarang ni kerajaan buat pengakuan pulak pesawat tersebut tidak berakir di lautan Hindi.Sudah la duit baratus-ratus juta habis diguna untuk mencari pesawat tersebut di lautan Hindi,sekarang ni umum pesawat tu tidak hilang disana.Untuk berita tentang MH370 boleh baca lanjut dekat laman Berita Harian Kawasan pencarian bukan lokasi MH370 berakhir-JACC.

Apa-apa pun kita doakan supaya pesawat tersebut dapat ditemui,dan tidak lupa kepada ahli keluarga mangsa supaya terus berdoa dan bersabar.