Tuesday, 3 June 2014

Disebabkan FELDA Cadbury jadi halal???

Kenapa status haram telah ditarik balik,sebab syarikat tu milik FELDA,milik Bousted?.JAKIM buat gila dah,pegawai JAKIM sanggup makan Cadbury bila-bila masa untuk membuktikan Cadbury halal,sampai macam tu sekali terdesak JAKIM,pegawai jakim sedia makan coklat cadbury untuk buktikan halal.Halal haram ni seolah-olah perkara mainan,bila-bila masa boleh buat U-Turn.Sudah-sudahlah bodohkan masyarakat terutamanya orang Islam,kenapa terdesak sangat,kenapa keputusan ujian awal tahun dulu disembunyikan?Bila sudah bocor dilaman sosial baru nak bertindak,jangan disebabkan syarikat berkaitan kroni halam haram ditolak ketepi.

 Kenapa nak pertahankan sangat Cadbury ni,coklat Cadbury bukan makan ruji rakyat Malaysia pun.Penting sangat ke coklat Cadbury ni sehinggakan menteri pun masuk campur mempertahankan status halal coklat ni.Semakin kuat dipertikaikan rakyat semakin kuat Menteri dan JAKIM pertahankan,elok sangatlah pengarah JAKIM letak jawatan,lepas tu pergi mintak kerja dengan Cadbury,tak perlu jaga JAKIM lagi.Jangan sampai masyarakat Islam merpertikaikan status penganugerahan sijil halal oleh JAKIM.


Agak-agaknya berapa banyak rakyat Malaysia yang beragama Islam makan makanan haram tanpa sengaja,disebabkan tolak ansur JAKIM?.Sudah berapa banyak produk yang dihalalkan oleh JAKIM disebabkan syarikat kroni?Tidak mustahil banyak syarikat yang berkaitan dengan kroni mudah mendapat sijil halal.

2 comments:

  1. Start MH370, siri kemalangan kecil MAS n skg cadburry lak.. Gila la dorang ni. Ni baru betul gila..gila jadi lembu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak benda yg mencurigakan berlaku kat Malaysia ni...seolah-olah kerajaan cipta satu-satu isu,untuk tutup perkara yang lebih besar...

      Delete