Thursday 27 December 2012

Rebat RM200 hanya untuk telefon pintar harga RM500

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar  yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.

SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam lamanwebnya:
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
  • Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM.

NONESetem biru kelihatan di sudut kanan laman web yang bertulis
Janji Ditepati, Mulai 1 Januari 2013, Bajet 2013.

Bagaimanapun, Malaysiakini mendapati lamanweb tidak boleh diakses sejak pagi ini.

Pada 28 September, di bawah Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia- Malaysiakini

Tuesday 25 December 2012

Sindiket pelacuran salahguna facebook cari pelanggan

Sindiket pelacuran kini menyalahgunakan laman sosial Facebook bagi menawarkan khidmat haram mereka dengan menyiarkan gambar wanita yang tidak terbabit dalam kegiatan itu menggunakan teknik
pertindihan gambar, bagi menarik pelanggan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata sehingga kini pihaknya menerima lima laporan daripada mangsa terbabit.
  
Kes terbaharu membabitkan seorang pegawai pentadbiran di sebuah syarikat swasta yang terpaksa menanggung malu setelah gambar wajahnya dipaparkan dalam Facebook sebagai gadis yang menawarkan perkhidmatan seks, sejak empat bulan lalu, katanya dalam sidang akhbar semalam.

Wanita berusia 20 tahun tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, gambarnya telah digunakan dalam dua akaun  Facebook iaitu 'Jessy Serikembangan' dan 'Lisa Carino' kononnya beliau menawarkan khidmat seks dengan caj RM200 untuk sekali perkhidmatan dan RM500 untuk tempoh semalaman.
  
Tan dari Shah Alam berkata beliau mendapati wajahnya telah dipotong dan disambungkan kepada gambar badan wanita lain yang berpakaian seksi dan berbikini.
  
"Saya mendapat tahu apabila rakan saya memberitahu wajah saya disiarkan di laman itu. Saudara dan rakan saya menganggap saya terpaksa menjual tubuh saya kerana masalah kewangan. Ini amat memalukan saya," katanya.
  
Tan berkata sehingga kini wajahnya masih terpampang di laman sosial
berkenaan.
  
Beliau berkata beliau telah menyamar sebagai pelanggan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sindiket itu telah meminta beliau terlebih dahulu memasukkan RM300 ke dalam akaun sebuah bank milik individu lain.
  
Tan berkata beliau telah membuat laporan polis Ogos lepas dan kepada pengurusan Facebook yang sehingga kini belum mendapat sebarang tindak balas.
  
- Bernama


Kepada wanita-wanita diluar sana,berhati-hati dengan gambar yang anda muat naik dalam laman sosial,anda berpotensi untuk menjadi mangsa.

Saturday 22 December 2012

Bila Mahkamah diuruskan oleh warga rimba

Didenda RM1000.00 dan dipenjara sebulan,itulah antara hukuman yang dikenakan keatas seorang mahasiswa kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas.Dalam pengahakimannnya Majistreet Zaki Asyraf berkata "tertuduh (Umar Azmi) tidak sepatutnya berada terlalu dekat dengan rakannya Fahmi Reza untuk mengambil gambar sehingga menghalang penguatkuasa DBKL menjalankan tugas".

Ok kat sini ada satu gambar bukti yang sememangnya tertuduh terlalu dekat dengan pihak berkuasa sehingga menhalang tugas dorang.KAH KAH KAH KAH............

Wednesday 19 December 2012

Peguam Negara arah gantung kes saman AES

Setelah berbulan-bulan isu AES menjadi topik hangat di media-media,sehinggakan Mazidul pun membuat cerita tentang kebaikan kamera AES walaupun adengan yang dirakam itu hanya sebagai lakonan,tetapi dimanipulasikan dan mengatakan itu sebagai sebagai adengan sebenar samseng jalanan,sampaikan dia dimarahi oleh pengguna dalam talian kerana menipu tentang adengan tersebut.Untuk baca kes Mazidul yang dikatakan menipu tentang AES boleh baca mazidul-akmal-sidek-aes Jauh aku melalut HAHAHAHA gila.


Sunday 16 December 2012

Ingat sebelum terkena,khas untuk PEREMPUAN

Sejak kebelakangan ni,seolah menjadi seperti satu trend apabila ada golongan yang menjadi paparazi yang tidak berbayar mengambil gambar golongan wanita yang suka berpakaian ketat,kemudian akan dimuat naik kedalam blog.Antara sasaran mereka ialah golongan wanita yang bertudung yang memakai baju ketat singkat dan sebagainya,gambar-gambar yang diambil dan diupload dalam blog mereka kebanyakannya mengaibkan.

Blog http://tudung-candid.blogspot.com/, merupakan salah satu blog yang menyebarkan gambar-gambar perempuan bertudung berpakaian ketat,.Selain tu blog http://awek-candid.blogspot.com/  juga merupakan blog yang memaparkan gambar tersebut.Mungkin sebahagian daripada anda telah menjadi model mereka,untuk memastikannya anda boleh tengok sendiri blog tersebut,manalah tahu anda telah menjadi model tidak berbayar.

Wednesday 12 December 2012

Jangan lakukan dalam kehidupan seharian

Jangan, jangan dan jangan Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita
(yang bukan disengajakan) .

Jangan
masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.


Jangan
makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Sunday 9 December 2012

Gambar-gambar unik







Sarang Lebah membentuk tulisan

Penternak lebah menunjukkan sarang lebah yang membentuk tulisan di dalam bahasa Arab...........Subahanallah



 

Friday 7 December 2012

Kaedah memperlahankan kenderaan dijalan raya


Kalau kita tengok gambar di atas,seolah-olah patung Snoopy diletak di atas jalan raya.Kaedah ini memang sesuai bagi memperlahan kenderaan dikawasan pejalan kaki..Mungkin dengan cara ini pemandu atau penunggang akan lebih berhati-hati dikawasan pejalan kaki.Kaedah ini mungkin sesuai diaplikasikan dikawasan pelajar sekolah melintas,bagi memudahkan pelajar melintas jalan.

Sebenarnya gambar tu hanyalah lukisan yang dilukis di atas kawasan pejalan kaki.Dengan memanipulasikan pandangan mata,gambar tersebut akan kelihatan seperti 3D.Kalau dilihat dari sudut berbeza kita akan nampak keadaan sebenar lukisan kartun Snoopy ni.Jom kita tengok dari sudut lain pulak.

Thursday 6 December 2012

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja  yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu  perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

Kenapa saya bukan Komunis part 2

Artikel ini merupakan sambungan daripada bahagian pertama.Semoga kita faham dan tidak diperbodohkan oleh orang lain.Bagi yang ingin membaca bahagian pertama,boleh rujuk sini
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi saya, seorang komunis itu adalah insan yang tinggi inteleknya, luas pembacaan dan luas bidang pemikirannya. Insan komunis adalah seorang internasionalis - berjuang bukan untuk bangsa tetapi untuk seluruh kemanusiaan. Insan komunis menolak kotak-kotak kecil yang memisahkan sesama manusia. Secara tidak sengaja dia dilahirkan di Tanah Melayu, maka kancah perjuangannya di bumi Melayu ini. Jika dia dilahirkan di Berlin maka di Berlin pula dia akan berjuang.

Insan komunis tidak mempunyai sikap dan nilai perkauman. Jika dia seorang lelaki dia akan menghormati wanita bukan sebagai objek seks tetapi sebagai manusia. Insan komunis adalah seorang feminis dan tidak sexist nilai hidupnya. Komunis tidak mempunyai nilai prasangka tanpa penelitian yang rapi. Seorang komunis menghormati budaya-budaya dan cara hidup insan lain.

Wednesday 5 December 2012

Sokong membabi buta

Harian Metro (So Hardcore)
"Kerajaan sudah banyak berbelanja demi memenangi hati rakyat.Saya harap selepas menang PRU-13,kerajaan menaikkan harga petrol dan rokok,tetapi jangan naikkan harga makanan"
Adoi kenapa ada jugak orang macam ni????Kah kah kah kah ni memang super hardcore penyokong setia Barisan Nasional.Boleh jahanam negara kalau ada 1 juta orang macam ni.Tapi kalau kita reverse ni mungkin komennya memerli tindakan kerajaan.Jadi cubalah bersangka baik.

Kalau ye pun sayang kepada pemerintahan sekarang,fahamilah realiti sekarang.Semua orang tahu kesan rantaian yang akan berlaku jika sesuatu harga barangan meningkat,maka harga barangan lain turut sama meningkat.Sebagai contoh,jika dahulu harga untuk sebuah rumah mungkin sekitar RM80,000 untuk disiapkan,sekarang sekitar RM100,000.Ini disebabkan harga kos barang binaan yang meningkat,jadi kos untuk menyiapkan rumah akan naik.

Tuesday 4 December 2012

Kenapa saya bukan Komunis part 1

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat.

"Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Karl Marx, Pengasas Komunisme.  Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme.

Monday 3 December 2012

Awek Gengster

Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?
Minah : Waa'laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa..
Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Pakcik & Makcik : Waa'laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..

Tindakan update 'geolocation' mampu undang jenayah

KUALA LUMPUR - Pemilik telefon pintar yang gemar mengemas kini sistem 'geolocation' mereka melalui laman sosial, berisiko mendedahkan diri mereka kepada jenayah harta benda dan jenayah korporat.
   
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata penggunaan aplikasi yang mempunyai akses kepada 'geolocation' di mana pengguna memaklumkan kedudukan serta aktiviti mereka, dikhuatiri membuka ruang kepada berlakunya jenayah seperti pecah rumah dan rompakan.
   
"Ramai antara penggemar laman sosial suka mengemas kini atau 'check in' lokasi atau kegiatan mereka menerusi aplikasi seperti 'Foursquare', facebook dan sebagainya untuk memberitahu apa yang sedang mereka lakukan dan tempat hotspot yang dikunjungi atas dasar sekadar suka-suka.
   
"Namun tindakan ini sebenarnya menjadi faktor pendorong kepada risiko dijadikan mangsa jenayah selepas penjenayah memperoleh maklumat sasaran mereka hanya melalui alam siber," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Sunday 2 December 2012

Cuba kawtim masuk syurga

KUALA LUMPUR - Umno Negeri Sembilan mencadangkan pucuk pimpinan tertinggi memberikan kuota haji kepada ahli Umno untuk mengerjakan ibadah haji.

Perwakilannya, Datuk Jalaluddin Alias berkata, cadangan itu adalah untuk menguatkan lagi semangat keislaman yang selama ini menjadi tunjang kepada parti itu.

“Biar kita (Umno) yang mulakan dulu. Sebelum ini, parti pembangkang tahu cakap sahaja.

“Ini boleh menjadi salah satu program parti dan boleh menambahkan kekuatan kita,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden, di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Baca sini

Saturday 1 December 2012

'Najib berkahwin dengan tunang orang'




Berkahwin kali pertama pada usia 20 tahun dan berkahwin beberapa kali dalam tempoh 10 tahun. Itulah pengakuan Najib 30, kepada Sinar Metroll ketika ditemu bual sejurus sebelum dia ditahan, jam 1 pagi semalam.

Dia sebelum itu sedia ditemu bual kerana ingin memberi penjelasan mengenai dakwaan dia berkahwin beberapa kali yang dibuat oleh isterinya, seperti dilaporkan Metroll Ahad pada 21 Oktober lalu. 
“Ya, memang saya kahwin, cerai banyak kali, tetapi tak banyak pun,adalah 4 orang setakat ni dan saya tak pernah ada tujuh isteri sekali gus. Saya berkahwin beberapa kali dalam tempoh 10 tahun.

“Daripada jumlah itu, tiga daripadanya sudah saya ceraikan dan kini dalam proses perceraian dengan ‘isteri keempat’ yang dinikahi pada Februari tahun lalu,” katanya.

Thursday 29 November 2012

Bila Pelacur berbogel

Dari Facebook Malaysian Gags
Benda yang dah 2 3 kali jadi kat Malaysia.

Amran adalah seorang yang sunyi dan haram memang tak popular di internet. Satu hari ada perlawanan sukan antara pasukan Malaysia dengan mana-mana pasukan dari negara lain. Ini adalah masa yang terbaik bagi Amran untuk mendapat perhatian.

Lalu Amran pun meng update status atau tweet "KALAU MALAYSIA MENANG AKU POTONG KOTE". Menang atau kalah Malaysia, Amran pasti dapat perhatian. Tapi perhatian yang lebih akan Amran dapat kalau Malaysia menang.

Di facebook mula si penggemar jadi admin yang memiliki berjuta-juta page yang dihiasi bunyi cengkerik akan buat page SEJUTA RAKYAT MALAYSIA MAHU AMRAN POTONG KOTE. Di twitter pula nama Amran menjadi trend #AmranKote.

Dan akhirnya Amran akan membuat kenyataan bahawa akaun Facebook atau Twitternya telah di hack oleh orang yang mempunyai niat busuk terhadap reputasi sucinya biarpun orang itu sebenarnya tidak wujud. Sekian cerita Amran si pelacur perhatian.  

Wednesday 28 November 2012

Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya

ni printscreen dari video tu
Aku sebenarnya malas nak ulas pasal birthday sultan ni,sebab dah ramai ulas,ada yang mengutuk,marah-marah,siap ada yang pertahankan lagi.Kalau individu yang mempertahankan tindakan sultan tu aku no komen,sebab tak tahu atas kapasiti apa dia mempertahankan tindakan sultan tu.

Sejak semalam dekat FB kecoh video majlis ulang tahun kelahiran Sultan Pahang dan anaknya.Bukan setakat FB,malah dalam Twitter #1881 menjadi trending.Salah satu punca isu ni meletup kerana didalam video yang dirakam itu ada dihidangkan air kencing setan kalau dilihat pada botolnya semasa dituang oleh pelayan la,tapi bagi bersangka baik mungkin itu air soda,dalam video tu jugak ada diselitkan majlis tari-menari yang bercampuran antara jantina.

Tuesday 27 November 2012

Gadis dipaksa onani selepas dirogol

Perubahan ketara sikap Julia (bukan nama sebenar) yang menjadi pasif dan pendiam telah membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya.Ketua Polis Daerah Sepat, Superintendan Napi Mohamad berkata, dalam kejadian jam 3 pagi, 14 Jun lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 27 tahun di dalam bilik rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu.

 Difahamkan mangsa membuka pintu untuk melihat punca kebisingan yang menyebabkan tidornya terganggu "Suspek seorang 'salesman' bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.Mangsa 24 tahun itu bukan sahaja dirogol,malah turut dipaksa melakukan onani.Tindakan suspek menyebabkan mangsa mengalami trauma yang teruk.

"Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Mingguan ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.Menurut Napi Mohamad, disebabkan kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun itu trauma dan berubah  sikap menjadi pasif serta pendiam yang kemudiaannya perubahan itu disedari oleh teman mangsa.

"Mangsa yang pada mulanya takut menceritakan tragedi itu akhir terpaksa mengakui menjadi mangsa rogol selepas didesak berkali-kali oleh temannya.

Tanggungjawab seorang suami



"aku terima nikahnya polan binti polan dengan mas kahwinnya sekian".
Bunyi mcam senang?tapi ini erti sebenarnya

"aku menanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat,
"aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya yang menanggung,dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku".
"Kalau gagal maka aku fasik,dayus dan aku rela masuk neraka,aku rela malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badanku"

Jangan lah memandang ringan tanggungjawab seorang suami,bernikah itu memang seronok,tetapi tanggungjawab yang besar menanti..

Monday 26 November 2012

Guru dipecat kerana aksi lucah

Seorang guru telah dipecat kerana melakukan aksi lucah disekolah.Dilaporkan guru tersebut yang bertugas sebagai guru sementara telah dipecat kerana berkelakuan tidak senonoh,apa yang dikesalkan guru tersebut turut menunjukkan aksi yang tidak bermoral kepada pelajar.

Kebanyakan pelajar mempersoalkan tindakan yang telah dilakukan oleh guru mereka.Apa yang dikesalkan,tidak ketinggalan juga sebahagian pelajar yang nakal bertindak merakam aksi tersebut,untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.Mungkin utuk tontonan masa lapang.

Menurut Samdol  salah seorang pelajar sekolah tersebut,tindakan guru mereka yang beraksi lucah telah menyebabkan beberapa orang pelajar muntah-muntah teruk kerana berasa loya dan tidak selesa dengan aksi itu,akhirnya mereka telah sepakat membuat laporan kepada pengetua kerana merasa malu dengan tindakan guru tersebut yang terang-terang berkelakuan tidak senonoh.

Tetapi menurut sumber berita yang boleh dipercayai guru tersebut dipecat bukan kerana berkelakuan tidak senonoh tetapi atas sebab lain.Setelah disoal siasat terbukti guru tersebut dipecat kerana dia hanya mendengar ceramah dari pihak pembangkang.Ini berita yang sebenar kah kah kah

Why some Malaysian men gave up on women…

Joke

( Of course, not all women are the same.........just for laughs)
 
 
1."Whatever"

Men: What to have for dinner?
Women: Whatever.
Men: Why not we have steamboat?
Women: Don't want la, eat steamboat later got pimples in my face.
Men: Alright, why not have Si Chuan cuisine.
Women: Yesterday ate Si Chuan, today eat again?
Men: Hmm... I suggest we have seafood.
Women: Seafood no good la, later I got diarrhoea.
Men: Then what you suggest?
Women: Whatever.

Sunday 25 November 2012

Dataran Merdeka dinaiktaraf dengan emas

Dataran Merdeka terpaksa ditutup untuk kerja-kerja naiktaraf,tapi apa yang lebih menggemparkan kawasan tersebut terpaksa dijaga oleh polis.Dikhabar pihak DBKL menaiktaraf kawasan tersebut dengan hiasan emas serta berlian bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke kawasan yang bersejarah tersebut.Dataran Merdeka mungkin akan dijadikan kawasan larangan seperti Kota Larangan di Beijing.Ok sebenarnya cerita ni tidak ada kaitan dengan alam sebenar mahupun alam bunian,ini semua hanyalah cerita dogeng rekaan semata-mata KAH KAH KAH.Korang boleh baca kat bawah apa yang aku nak membebel.

Pak ostad perlu keluar dari zon keselesaan

Kenapa golongan yang berstatus ustaz ataupun orang beragama tidak terkehadapan dalam memperjuangkan isu alam sekitar?Pada 25 November akan diadakan perhimpunan Hijau di dataran Merdeka Kuala Lumpur bagi membantah operasi kilang Lynas di Gebeng Kuantan.

Apa yang menyedihkan orang terkehadapan memperjuangkan isu ni didominasi oleh golongan non-muslim,kalau ada golongan agama pun hanya dari Parti PAS sahaja.Mungkin tindakan ini juga serampang dua mata bertujuan untuk mencari political mileage,selain berjuang untuk menjaga keharmonian alam sekitar,dimana pak ostad-ostad kita yang lain???

Saturday 24 November 2012

Rakyat Malaysia masih tidak faham

Ini adalah keratan berita dari BERNAMA
 ----------------------------------------------------
Datuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat India di negara ini supaya menilai semula sumbangan dan bantuan Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada masyarakat itu sepanjang empat tahun ini.
  
Perdana Menteri berkata banyak masalah tertunggak masyarakat itu telah dapat diselesaikan oleh kerajaan termasuk memberi peruntukan besar untuk meningkatkan taraf pendidikan dan ekonomi mereka.
  
"Sejak menjadi Perdana Menteri, peruntukan untuk kaum India bertambah dengan begitu ketara sekali...bantuan untuk sekolah Tamil antara 2009 hingga 2012 mencecah RM300 juta dan RM100 juta lagi kita tambah dalam bajet 2013," katanya ketika berucap melancarkan Buku Tamil Karya Penulis Tempatan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya malam tadi.

Kecelaruan Masyarakat Malaysia

Dekat Facebook orang duk bising K-Pop Twitter pun sama,aku tak faham apa yang nak dibanggakan sangat dengan budaya dari Korea ni???Orang yang minat K-Pop ni pun satu,bila orang kutuk K-Pop,boleh pulak disuruh mintak maaf bagai,sampai bertikam lidah semata-mata nak pertahankan budaya Korea tu.

 Korang nak suruh dia mintak maaf buat apa,lantak dia la nak kutuk.Kalau tak minat,kita tak boleh nak paksa supaya orang ikut minat sama.Aku tak pernah pun ikut perkembangan industri seni Korea sebab aku tak berapa minat.Bagi aku orang yang minat K-Pop ni sama macam lalang,jangan marah aku tulis macam ni,orang yang mengikuti perkembangan industri seni Korea kerana ikut-ikutan dan takut dilabel sebagai ketinggalan zaman. 

Friday 23 November 2012

Kekeliruan Masjid Al-Aqsa

Ramai diantara kita sering kali terkeliru antara Masjid Al-Aqsa dengan Qubbat As-Sakhrah.Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid  "Dome Of The Rock. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid " Dome of the rock" sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak mengetahui yang mana satu Masjidil Al- Aqsa yang sebenarnya.
Yang ni adalah Qubbat As-Sakhrah ataupun Dome of the Rock
 Kalau mengikut wikipedia,Qubbat As-Sakhrah bukanlah sebuah masjid sebaliknya ialah sebuah kompleks yang terdapatnya sebuah batu besar yang dikatakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. berdiri ketika peristiwa Israk Mikraj. Qubbat As-Sakhrah terletak di Baitulmuqaddis di kawasan Al Haram Al Sharif. Qubbat As-Sakhrah bukanlah Masjid Al-Aqsa kerana Masjid Al-Aqsa terletak tidak jauh daripada bangunan ini. 

Gereja yang dihiasi dengan tulang manusia

Gereja yang terletak 70 km daripada ibukota Republik Check bekas negara Yugoslavia yang dipenuhi dengan gereja – gereja ganjil.Gereja yang berusia melebihi seribu tahun dibina dengan menggunakan tulang-tulang manusia tanpa kayu atau batu atau bahan binaan  biasa.

Pada tahun 1318 pihak gereja telah berjaya mengumpul 30 ribu tulang manusia untuk dijadikan binaan dinding.Pada tahun 1870 jumlah tulang manusia telah melebihi 40 ribu untuk menyempurnakan binaan gereja tersebut.

Korang boleh usha gambar-gambar dibawah 


Harga kamera perangkap halaju 10 kali ganda lebih mahal


Semakin hari,semakin banyak tembelang busuk kerajaan yang didedahkan.Hari-hari penyelewengan didedahkan,kerajaan sekarang terlalu teruk dalam menguruskan amanah dan tidak telus,terbaru dilaporkan harga kamera perangkap halaju yang dibeli oleh kerajaan 10 kali ganda lebih mahal.

Kalau merujuk jawapan bertulis KDN kepada Ahli Parlimen Jerai Firdaus Jaafar,yang dikatakan oleh Mahfuz Omar dilaporkan KDN membekalkan kamera perangkap halaju sebanyak 85 unit bagi model Laser Digicam dengan harga RM173,925 seunit.Manakala Laser Trucam sebanyak 39 unit dengan harga RM223,500 seunit.Kita sebagai rakyat Malaysia tak nak kerajaan menyalahgunakan dana awam bagi tujuan mengaut keuntungan diri sendiri.

Apa yang menjadi pertikaian,menurut Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, ACP Mohd Fuad Abd Latiff dilapor menyatakan harga kamera had laju model LTI 20-20 TruCam hanya kira-kira USD 6,000 (RM17,000) seunit.Kalau dilihat harga yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman jauh amat berbeza dengan harga yang dinyatakan dalam jawapan bertulis KDN.Mana intergriti pemimpin Malaysia?

Thursday 22 November 2012

Janda Selangor mahu saman

Sangat memalukan masih ramai rakyat Malaysia yang kurang mengetahui tentang undang-undang, termasuklah diriku ini.Kadang-kadang kita asyik diperbodohkan oleh politikus yang bangsat semata-mata ingin mendapatkan kuasa untuk kepentingan diri sendiri.
Kalau kita tengok media perdana hari ni, isu mengenai ibu tunggal @ janda di Selangor sibuk hendak menyaman kerajaan negeri Selangor kerana tidak menunaikan janji manifesto PRU ke-12 yang lalu hangat dimainkan di televisyen,apa yang menimbulkan persoalan,isu ni tidak dapat dibicara di mahkamah kerana isu manifesto ni sesuatu yang berbentuk umum, (hasrat) tidak boleh saman kecuali ada surat guaman dan sebagainya,dan satu lagi jika para janda tersebut dapat buktikan bahawa mereka itu mengundi PR?.Baru locus standi tu wujud,maknanya mereka boleh saman bahawa setelah mereka beri undi maka mereka mahu manefeisto itu ditunaikan.Melalui bukti tu baru ada sebarang pleadins.

Bagi aku isu-isu seperti ini hanyalah propaganda murahan politik,jika betul isu manifesto boleh dibicara di mahkamah,maka kita sebagai rakyat Malaysia ada locus standi untuk menyaman BN kerana tidak menepati manifesto-manifesto yang dijanjikan sebelum ini.Mungkin tindakan janda-janda ni atas kepercayaan yang janji ditabur oleh PR dapat ditunaikan,tapi kerana itu manifesto parti politik ia bukanlah kayu ukur sebenar apa yang dikehendaki rakyat. Ia adalah cadangan 'sekiranya' berjaya memegang tampuk pemerintahan.

Haram bersalam

 Dalam kehidupan seharian kadang-kadang kita banyak terkeliru antara perkara adat dan tuntutan dalam Islam.Jadi artikel kali ni aku nak kongsi carta orang yang haram kita bersalam dalam kalangan keluarga saudara mara kita.

Kebanyakan daripada kita tidak tahu adab bersalam antara saudara mara kita,kerana ada saudara kita yang haram bila bersalaman.

Wednesday 21 November 2012

Nokia Lumia 920 dihancurkan

Sebelum ni aku dah kongsi satu video ujian ketahanan Nokia Lumia 920,kalau korang belum tengok lagi boleh rujuk sini, ok kat bawah ni aku nak share satu lagi video Nokia Lumia 920,video untuk kali ni dia cuba musnahkan Lumia 920 sampai hancur...


untuk mengetahui lebih lanjut korang boleh rujuk amanz...
Check it out! #NESCAFEonthelife

Jenis-jenis jenayah di Malaysia

Kat sini aku nak kongsi dengan korang jenis-jenis jenayah di Malaysia,kah kah kah harap-harap korang akan lebih alert.Untuk mengetahui lebih lanjut boleh baca sini berdoa merupakan satu jenayah???

Pengurus Chelsea dipecat



Akhirnya Roberto Di Matteo dipecat hari ini sejurus selepas Chelsea tewas kepada Juventus 3-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah,sepanjang era Roman Abramovich,sebanyak lapan orang pengurus sudah berkhidmat untuk pasukan Chelsea.

Roberto merupakan satu-satunya pengurus Chelsea yang berjaya melakar sejarah dalam Liga Juara-Juara Eropah apabila membantu Chelsea merangkul piala tersebut setelah menewaskan pasukan

Berdoa merupakan satu jenayah????

 Kebelakangan ni semakin banyak laporan-laporan yang dilaporkan kepada polis tidak masuk akal,salah satunya berlaku di Kemaman Terengganu, sekumpulan NGO melaporkan kepada pihak polis tentang kedatangan Anwar Ibrahim,dan yang terbaru seorang wanita di Kelantan dikatakan membuat laporan kepada polis tentang doa yang dibaca semasa perhimpunan muktamar PAS yang ke-58 lalu yang mendoakan kehancuran parti BN dan UMNO.

Apa yang menimbulkan persoalan,atas kapasiti apa pihak polis untuk menyisat kes ini???Aku sebagai rakyat Malaysia sudah muak dengan tindakan-tindakan bodoh seperti ni,masih banyak lagi tugas polis untuk menyiasat kes jenayah.Kalau nak lawan,buatlah dengan cara yang betul,dalam Islam diajar kalau berdoa lawan la dengan doa....kah kah kah sudah-sudah la buat lawak bodoh Check it out! #NESCAFEonthelife

Chelsea mungkin gagal ke pusingan kalah mati

Pasukan Chelsea mungkin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kejohanan Liga Juara-Juara Eropah untuk season 2012-2013, untuk peringkat kumpulan.Untuk penerangan lebih lanjut boleh baca kenyataan dibawah.
                                Juara UCL untuk musim 2011-2012
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Saya tidak pasti samada kamu menyedari betapa teruk kekalahan Chelsea. Mereka tidak ada peluang lain untuk melayakkan diri jika Shakhtar Donetsk tidak dapat mengalahkan Juventus. Keputusan seri cukup untuk menyingkirkan Chelsea.

Ini disebabkan peraturan tie-breaker (untuk pasukan yang mendapat mata yang sama) menggunakan rekod head-to-head(rekod pertemuan kedua kelab) dan bukan beza gol. Situasinya begini:

1. JIka Shakhtar cuma seri (& Chelsea menang seberapa banyak gol yang boleh), Juventus & Chelsea akan mendapat 10 mata. Dengan peraturan head-to-head, agregat mereka ialah Juventus 5-2 Chelsea, maka Chelsea akan disingkirkan.

2. Jika Shakhtar kalah oleh Juventus (& sekali lagi, Chelsea menang dengan seberapa banyak gol yang boleh), Shakhtar & Chelsea akan mendapat 10 mata. Dengan peraturan head-to-head,agregat mereka ialah Shakhtar 4-4 Chelsea, tetapi Shakhtar akan dapat melayakkan diri disebabkan jumlah gol tempat lawan antara mereka, maka Chelsea akan disingkirkan.

Tuesday 20 November 2012

Akhirnya terpaksa memohon maaf

Berkenaan tindakan seorang haji yang memperolokkan kalaimah syahadah,akhirnya dia telah memohon maaf atas keceluparan dia.Ni printscreen dari facebook dia.


Akhirnya dia terpaksa meminta maaf,semoga dia sedar atas tindakan dia.Sumber gambar gambar asal .Ni kenyataan dia sebelum ni kalimah-syahadah-diperolok-olok. Aku harap sebelum nak post kat facebook ke atau mana-mana pun fikir la kesan yang akan berlaku nanti...Semoga dijadikan pengajaran

Jika sahabat seorang pelaku maksiat





Jika sahabat seorang pelaku maksiat, nasihatkanlah dia teruskan sembahyang, zikir dan istighfar sehingga dia merasa jijik pada maksiat.

Tabiat sembahyang ini kena berulang-ulang sehingga lekat di hati. Beritahu dia bahawa mula-mula sembahyang, zikir dan istighfar akan terasa berat, dan tidak terasa apa-apa di hati, bagaikan kereta di gear 1, teruskan berulang-ulang, ia akan terasa di hati – selepas itu dia akan dapat merasa imannya bagaikan kereta di gear 5.

Sahabat itu akan bertanya, berapa lama sebelum dia akan terasa di hati? Bagitahulah dia, ia bergantung kepada paras dosa dia. Nasihatkan juga dia, lebih khusyuk jika dibuat tengah malam daripada waktu siang.

Bagitahu juga sentiasa kena ulang-ulang – sebab air liur baik yang dihasilkan ketika memohon ampun daripada Allah akan mencairkan hati yang keras – dan apabila sampai di tahap tersebut, akan terasa seronok dengan iman dan dia tak akan buat maksiat pada Allah.

Sekadar berkongsi petua. Senyum.

Sumber:copy paste dari facebook

Kalimah syahadah diperolok-olok

                                sumber dari FB
Aku tau nak cakap apa,tentang pak haji ni,dah tua bangka pun masih nak mempermainkan hukum Islam,masih tak sedar diri ke?Sekarang ni terlalu ramai orang yang taksub berpolitik sehingga agama pun dipermainkan.Cukuplah agama Islam dijadikan bahan lawak dalam filem dan dipersendakan,cukuplah merendahkan martabat Islam.

Kalau ye pun taksub berpolitik,janganlah sampai memperolokkan kalimah syahadah tu,sebagai umat Islam amat memalukan bila agama sendiri dipermainkan.

Punca rezeki menjadi sukar masuk

Setiap orang mesti pernah menghadapi masalah kewangan,tapi pernahkah kita terfikir kenapa kita menghadapi masalah ni?Sesuatu perkara yang berlaku pasti ada sebabnya kejadiannya,contohnya jika berlaku kemalangan jalan raya,mungkin disebabkan kecuaian pengguna atau kerosakan jalan dan sebagainya.Begitu jugalah masalah rezeki:

Antara punca-punca kenapa rezeki susah nak masuk
  1.  Asyik mencanang perihal duit yang tidak mencukupi
  2.  Gemar mengungkit-ungkit setiap kali pemberian
  3. Berkira ketika membantu untuk urusan baik
  4. Berkira ketika waktu bersedekah
  5. Banyak melakukan kemungkaran atau maksiat
  6. Menunjuk-nunjuk ketika bersedekah
  7. Tidak bersyukur 
semoga kita semua sentiasa bermuhasabah (betul ke ejaan ni) diri.

Doa Qunut

Ada sebahagian daripada kita yang masih tidak mampu untuk membaca doa qunut ketika solat waktu subuh,jadi aku aku kongsi doa qunut melalui gambar.Bagi yang tidak mampu untuk membaca dalam bahasa Arab,korang boleh baca doa yang ditulis dalam perkataan Melayu,siap disertakan dengan terjemahan maksud sekali.

Aku harap perkongsian ni akan berguna untuk semua orang

Monday 19 November 2012

Berkaitan kenyataan McD Malaysia

Satu Peringatab Penting dari Pengerusi Aqsa Syarif:

Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar franchisee fees kpd McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoran McD d
i seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang
sebanyak 5% d

ari revenue mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar).

Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan message yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat disclaimer bahawa 'mereka tidak menyumbang kepada israel' bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US boleh meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.

Sunday 18 November 2012

Bapa sembelih anak 11 bulan

Seorang bapa yang dipercayai sedang khayal akibat pengambilan dadah menyembelih bayinya yang baru berusia 11 bulan di Felda Panching Selatan dekat Kuantan semalam.
    
Nur Amirah dikelar dengan senjata tajam ketika dia sedang tidur bersama ibu dan abangnya dalam kejadian kira-kira 9.30 malam.

"Suspek yang dipercayai sedang khayal telah bertindak mengelar leher bayinya ketika isterinya keluar dari bilik tidur," kata Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff kepada Bernama.
  
Suspek yang berumur 29 tahun kemudiannya memaklum perbuatannya kepada isteri dan ibunya.
  
Beliau berkata ibu suspek telah membawa bayi tersebut yang dalam keadaan kritikal ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, namun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

"Suspek kemudiannya ditahan di dalam sebuah kereta di lampu isyarat dekat Kem Batu 10 bersama bapa dan adik lelakinya, yang dipercayai mereka dalam perjalanan ke balai polis untuk menyerah suspek kepada pihak polis,"
kata Mohd Jasmani.
  
Suspek didapati positif dadah metamphetamine dan amphetamine selepas ujian air kencing dilakukan, katanya.
  
Pihak polis turut menemui parang dan pisau di tempat kejadian.

 BERNAMA

Arsenal dan Man City menang besar

Pasukan Arsenal dan Manchester City menang bergaya keatas lawan masing-masing,manakala pasukan Chelsea terus mengalami nasib malang apabila tewas kepada West Bromwich 2-1,selepas permulaan musim yang agak selesa.Berikut adalah keputusan untuk perlawanan EPL 17/11/2012
Queens Park Rangers (QPR) (1) - Southampton (3)
Reading (2) - Everton (1)
West Bromwich (2) -  Chelsea (1)
 Arsenal (5) -Tottenham Hotspur (2)    
    
Liverpool (3) - Wigan Athletic (0) 
Manchester City (5) - Aston Villan (0)     
Newcastle United (1) - Swansea City (2)

Update

Manchester United 0-1 Norwich
       

Saturday 17 November 2012

Cara mengawal harga pasaran rumah



 Hari tu aku ada baca dekat facebook page ZYQ Engineering cara-cara nak turunkan harga rumah,bagi aku cadangan ni agak bagus dan sangat efisyen untuk mengawal harga rumah di Malaysia..Aku pun malas nak tulis panjang-panjang,korang baca la k :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Siapa yg ada kuasa mengubahnya..? Siapa yg mampu membantu kita..?
Jawapanya adalah di tgn  Goverment (Kerajaan)... Kenapa Gov...?
kerana Gov dipilih oleh rakyat...kita xboleh harapkan kaum kapitalis spt pemaju dan bank..
kerana mereka tidak endahkan kuasa rakyat... tapi Gov mesti patuh kpd rakyat..
kerana itu adalah kitab utama dalam dunia Politik, jika ingin membentuk Kerajaan..

Kaedah Pertama :
Goverment Perlu jadikan bahan binaan sbg bahan kawalan..
kerana apa..?kerana rumah adalah keperluan hidup manusia, sama spt makanan..
Harga simen..pasir..batu..besi..harus diklasifikasikan sbg barang kawalan..
sama spt apa harga kawalan bg gula,beras,tepung dll...
Ingat..!! kilang2 kapitalisme pasti takut akan perkara ini..

Kaedah Ke-2 :
Goverment Perlu kawal/kurangkan kewujudan Agen2 Hartanah..
Mereka2 ini telah lama mengaut keuntungan atas angin walhal rumah
tersebut bukanlah aset mereka..mereka2 ini jugalah punca harga rumah melambung..
dengan spekulasi yg mereka unjurkan..

kita perlu paham, mengapa Perdana Menteri kita perkenalkan KEDAI1MALAYSIA..?
inilah konsepnya..apabila org tgh berjaya di kawal, hasilnya kita boleh lihat..
Hari2 pasaraya spt Giant,Tesco,Mydin kecoh merekalah juara harga rendah..

Kaedah ke-3:
Goverment Perlu ketatkan undang2 penjualan dan pembelian rumah..
Kerana selalunya org kaya akan membeli rumah kos rendah sehingga
3-5buah rumah yg sepatutnya di miliki oleh rakyat berpendaptan rendah..
akibatnya rumah kos rendah habis dibeli menyebabkan rakyat yg
kurang mampu terpaksa terus menyewa kerana rumah kos rendah tiada lagi..

Jangan tidak percaya...tuan2 dan puan2 boleh pergi sendiri ke pusat2 auction disekitar
ibu kota.. tgk sdr bagaimana rakusnya org kaya membeli rumah kos rendah disana..

Kaedah ke-4:
Goverment Perlu Hadkan pembelian rumah oleh warga asing.
Dalam perkara ini perlu dilihat lebih menyeluruh.. kerana Gov dibawah kementerian
Pelancongan Malaysia ada melakukan satu program yg dikenali sbg MM2H iaitu
Malaysia My Second Home...

Program ini nampaknya seperti mengalakkan pelancongan di Malaysia... Namun
ianya dilihat sbg sesuatu yg telah merosakkan harga rumah di Malaysia... Dgn nilai
tukaran duit Malaysia yg rendah, menyebabkan warga asing ini mampu memiliki
hampir apa saja termasuk rumah yg nilainya tinggi...Akibatnya populasi kaum sederhana
telah berhijrah ke kawasan jauh drp spot area...ini kita boleh lihat disekitar ampang,
Cheras, Gombak dan sedang menuju ke Mutiara Damansara...

Kaedah ke-5:
Goverment Perlu Hapuskan Lawyer BANK..
Ini lagi satu sistem kapitalis yg mencekik rakyat Malaysia... bayangkan mereka2 ini,
hanya perlu photoste dokumen2 yang perlu ditandatangani oleh pembeli & kutip duit
beribu-ribu ringgit begitu saja...?

Baik sekarang mari kita semak... Bagaimana pula dengan loan2 peribadii..
yang mencecah hampir RM200ribu tidak pula perlu LAWYER BANK..?
Bagaimana pula dgn Loan Kereta RM200ribu..tidak pula perlu LAWYER BANK..?
tapi apabila dlm sistem pembelian rumah RM200ribu perlukan lawyer bank...? ini silat
mata jenis apa...?

Ya betul...property adalah satu aset yg naik nilainya..tapi tidak cukupkah
dokumentasi dan syarat2 kapitalis serta percentage yg dikenakan keatas rakyat malaysia?
tidak cukupkan berkeping2 kertas yg ditandatangani pembeli itu utk dibawa ke makamah jika
ada yg tidak patuh...? tak perlu Lawyer jika tiada arahan yg dilanggar oleh pembeli..
cukup hanya 1 lawyer utk urusan jual beli rumah... BANK sudah cukup byk makan InTEREST
rakyat Malaysia sehingga membebankan mereka...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Banyak lagi kaedah bagi menurunkan harga rumah ini :
ke-6 : Mewujudkan "Tempat Nuklear" spt di Kuantan
ke-7 : Mengadakan "Propaganda Media" spt apa yg berlaku di Bkt Beruntung, Hulu Sel.
ke-8 : Kerajaan sdr bertindak sbg pemaju...spt PKNS,PKNK dll
ke-9 : Kerajaan sdr bertindak sbg bank.. bg mengurangkan Interest..spt kakitgn kerajaan..
ke10 : Kerajaan boleh wujudkan kontraktor khas bina rumah bawah RM100ribu.

Dan lain2 lagi...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah 5 kaedah yg dirasakan mampu dilakukan oleh pihak kerajaan
bagi membantu rakyat Malaysia.. Saya percaya banyak lagi kaedah yang boleh
dilakukan oleh pihak lain.. Namun dalam hal yg melibatkan keuntungan ini
Pemaju dan Bank bukanlah org yg boleh rakyat Malaysia minta tolong...

Kerajaan Malaysia  ada juga melakukan Inisiatif utk menurunkan harga rumah spt
Program Rumah 1Malaysia (PR1MA) iaitu harga rumah antara rm150k-rm300k (ini harga masih mahal)
namun ianya hanya meyelesaikan ruang lingkup luaran sahaja bukanlah pada akar umbinya..
Bagi isu ini kita perlu terus turun kpd ASAS kenaikan harga rumah ini iaitu harga barang binaan
seperti yg saya nyatakan diatas...

Saya rasakan perkara ini perlu diambil serious oleh semua rakyat Malaysia..
kerana dunia luar telah mengalami masalah ini sehingga negara mereka bankrup..
Ireland peningkatan harga rumahnya hampir 500% dalam tempoh 12 tahun dari
1994 - 2004,selepas itu negara mereka bankrupt...
dan negara kita pula spt dibentangkan oleh Majlis Penasihat ekonomi
Negara  menunjukkan peningkatan hampir 800%.. BERSEDIAKAH KITA..?

PENULIS : ialah En.Zikri Zaini President ZYQ Engineering,
berpengalaman dalam dunia Business, Construction
& Pengurusan Hartanah lebih 15tahun..

sumber: https://www.facebook.com/notes/zyq-engineering/kaedah-menurunkan-harga-rumah-yang-melampau-di-malaysia/340679416022321


Nasihat


Aku nak kongsi perkara yang dilakukan oleh manusia zaman sekarang.Kata-kata yang berbekas dihati,hidup kita perlulah ada matlamat....Memang benar kata-kata yang diucapkan oleh Hamka.