Sejak kebelakangan ni,seolah menjadi seperti satu trend apabila ada golongan yang menjadi paparazi yang tidak berbayar mengambil gambar golongan wanita yang suka berpakaian ketat,kemudian akan dimuat naik kedalam blog.Antara sasaran mereka ialah golongan wanita yang bertudung yang memakai baju ketat singkat dan sebagainya,gambar-gambar yang diambil dan diupload dalam blog mereka kebanyakannya mengaibkan.
Blog http://tudung-candid.blogspot.com/, merupakan salah satu blog yang menyebarkan gambar-gambar perempuan bertudung berpakaian ketat,.Selain tu blog http://awek-candid.blogspot.com/ juga merupakan blog yang memaparkan gambar tersebut.Mungkin sebahagian daripada anda telah menjadi model mereka,untuk memastikannya anda boleh tengok sendiri blog tersebut,manalah tahu anda telah menjadi model tidak berbayar.
Apa yang menyedihkan gambar tersebut dianggap seperti gambar lucah apabila orang ramai yang memberi komen.Malah komen yang diberikan juga amat mejijikkan,kebanyaknya Kepada golongan perempuan lebih baik korang berhati-hati agar tidak menjadi model tidak berbayar.Sebelum sesuatu yang buruk berlaku diharapkan korang sedar,bahawa tindakan anda memakai pakaian yag ketat,bertudung dan seksi boleh menyebabkan anda menjadi bahan santapan mata golongan lelaki.
Satu lagi pesanan kepada golongan wanita yang suka memakai jubah,tetapi jubah mengikut tubuh badan jangan ingat anda sudah menutup aurat,jadi korang beringatlah sebelum memakai pakaian ingatlah akan ada golongan yang akan memerhatikan anda.Diharapkan wanita-wanita yang diluar sana yang sudah menutup aurat dan memakai tudung pastikan cara berpakaian anda mengikut hukum Islam,kerana kebanyakan wanita sekarang memakai tudung hanya sekadar trend bukannya kerana tuntutan agama.Jadi tidak hairanlah ramai yang bertudung tetapi tidak menutup aurat.
Ingatlah bertudung itu bertujuan untuk menutup aurat,dengan menutup bahagian dada anda yang terdedah,pastikan baju yang dipakai tidak ketat dan longgar serta labuh menutup bahagian punggung.Pastikan anda tidak menjadi model percuma golongan ini.Entri ini sekadar menasihati golongan wanita agar berjaga-jaga,walaupun aku bukanlah dari golongan wanita.
Gambar dari mynewshub dan awek-candid
No comments:
Post a Comment