Wednesday 16 October 2013

Akidah orang Islam Malaysia lemah????

Lama betul aku tak menulis,kekangan masa membantut niat untuk menulis..Aku "create" blog ni sekadar suka-suka..Kalau tengok dalam "posting" aku yang lepas-lepas pun banyak cerita isu politik semasa...Cis da kelaut jadi 'post" ni..Nak cerita lain tiba-tiba jadi luahan hati pulak KAH KAH KAH..


Sebenarnya aku nak cerita tentang isu kalimah Allah,pada pandangan aku isu ni sekadar 'mileage' untuk orang politik untuk menunjuk siapa yang lebih Islam..Satu lagi bagi aku kenapa kita perlu melarang penggunaannya,kita sebagai orang Islam sudah sememangnya percaya Allah itu merupakan Pencipta alam semesta ini dan tuhan sekalian alam..Adakah kita percaya bahawa ada tuhan lain selain Allah S.W.T???Jika  kita melarang penggunaan kalimah Allah,seolah-olah umat Islam mengiakan bahawa agama lain pun mempunyai tuhan mereka yang tersendiri,sedangkan tuhan bagi sekalian makhluk di alam ini hanyalah Allah S.W.T.

Saturday 15 June 2013

Tambang bas bakal turun????

Kerajaan sedang mempertimbangkan kenaikan tambang bas sempena musim perayaan ini seperti diminta syarikat pengusaha bas ekspres di negara ini.HAHAHAHA

Syed Hamid Albar
Dikhabarkan harga tiket bas sempena Aildilfitri kali akan dinaikkan sebanyak 30%....Sebagai rakyat Malaysia kita patut bersyukur kerana harga tambang pengangkutan awam kita masih lagi rendah berbanding luar negara (MACAI)..Korang tak perlu bising,kini sudah tiba masa balas budi kah kah kah.

Tuesday 11 June 2013

Adakah perlu undang-undang kesalahan menderhaka???

Sejak 2-3 minggu ni,heboh tentang bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan penggubalan undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada Raja.

"Patut ada undang-undang khas digubal tentang apa-apa perbuatan yang terjumlah dan terangkum dalam kesalahan derhaka. Undang-undang ini sesuai kerana rakyat di beberapa lapisan tidak memahami sebenarnya kuasa Raja."Sudah tiba masanya bagi kerajaan menggubal undang-undang mengenai penderhakaan, bukan di bawah hasutan," katanya kepada pemberita di luar Seminar Institusi Raja anjuran Universiti Malaysia Perlis di ibu negara.

Akhirnya janji Di Capati...Syukur

Antara kenderaan yang telah diturunkan harga ialah

1. Peugeot 308 (11 %),
2. Volkswagen Golf (7.1%),
3. Viva (5.4%),
4. Myvi (4%),
5. Persona (3.8%),
6. Alza (3.4%),
7. Preve (3%),
8. Honda Jazz Hibrid (2.5%),
9. Saga (1.1%) dan
10. Exora (0.7%).

Akhirnya setelah berkurun-kurun kajian dilakukan,kerajaan telah menurun harga kereta,itupun hanya 10 model terpilih yang telah diturunkan harga KAH KAH KAH.Jika tiada tawaran manifesto dari pihak pembangkang,mungkin kerajaan tidak akan menurunkan harga kenderaan.Tapi apa yang dikesalkan, kerajaan tidak menurunkan cukai duti eksais tapi hanya menurunkan harga kenderaan.

Saturday 26 January 2013

Jangan biarkan akal menjadi jumud

Agak sukar untuk kemaskini blog setiap masa sebenarnya,bila kerja kadang-kadang malas nak fikir..hahahaha.
Ok kali ni kalau boleh aku nak sesiapa yang baca entri ni berfikir sejenak,terutamanya MeLayu yang malas membaca,dan hanya menunggu untuk disuap sesuatu berita,mari kita fikir sejenak,buang semua politik kepartian ketepi sekejap.
Jangan jadi orang malas dan hanya tunggu untuk disuap,jika malas sampai bila-bila kita akan ditipu oleh orang.Tak guna hidup jika sentiasa ditipu dan ditindas,lebih baik duduk dalam hutan daripada ditipu.Mari sama-sama kita bangkit dari sebarang penipuan. 
CHINA DAN INDIA PENDATANG HARAM
maka timbul persoalan
macam mana kuala lumpur ini jadi pekan china?
macam mana bukit genting dimiliki oleh china?
macam mana setul dimiliki oleh china?
macam mana china lebih kaya dari melayu?

Sunday 20 January 2013

Kenyataan Ibrahim Ali kurang ajar

Seruan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali supaya orang Islam membakar kitab Injil yang menggunakan kalimah Allah merupakan satu tindakan yang memalukan,tindakan beliau tidak mencerminkan nilai dalam Islam.Ok whats next?lepas bakar Bible nak buat apa?

Sebagai masyarakat berbilang agama,kita perlu menghormati antara satu sama lain,dalam setandan pisang bukan kesemuanya buruk.Begitulah kenyataan Ibrahim Ali tidak mencerminkan pandangan umat Islam di Malaysia.Tindakan ini akan menyebabkan orang bukan Islam semakin menjauhi Islam.

Rasanya tidak perlu berlagak seolah-olah hanya beliau pembela Islam.Rasanya banyak lagi isu yang beliau patut perjuangkan seperti kes anak luar nikah,kes zina anak muda Islam dan sebagainya.

Dimana suara PERKASA sewaktu CSL menhina hukum Islam?Bagaimana pula dengan Bible yang bertaburan dalam alam maya,adakan akan di ceroboh dan dipadamkan satu persatu?Tindakan yang disarankan oleh Ibrahim Ali,jelas menunjukkan kebodohan kerana dizaman serba canggih ini,sesuatu bahan mudah diperolehi tanpa sekatan.

Tidak perlu marah kepada agama lain jika kita sendiri menghina agama Islam.Tindakan beliau hanya akan menimbulkan perbalahan antara agama.Beliau sepatutnya berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.

Bukan 'Melayu mudah lupa' tapi Tun yang lupa

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
  
"Saya hanya mencadangkan sahaja, dan tidak serius tentang itu
(melaksanakannya)...tetapi jika mahu menjalankan siasatan mestilah secara menyeluruh, ia tidak adil sekiranya hanya fokus kepada satu perkara sahaja dan tidak perkara lain.
  
"Terdapat perkara yang sama, saya hanya mahu menunjukkan perbandingan, saya bukan serius mengenainya tetapi saya memang menekankan apabila melakukan sesuatu perkara ia mesti adil," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan dan menyampaikan ucaptama pada konvensyen 'Transformasi Ekonomi dan Pelajaran  Melayu Pulau Pinang 2013' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang di Dewan Utama, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini.

Sukar dikawal atau tak dapat kutip cukai?

Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 353 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah bagi kawasan Parlimen Bentong di sini, hari ini.

Saturday 5 January 2013

Kos ambil amah Indonesia ditetapkan RM6,700

Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) hari ini mengumumkan kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada harga RM6,700, berkuatkuasa serta merta.

Struktur kos baharu itu tidak termasuk tambahan RM1,800 sebagai pinjaman kepada pembantu rumah untuk berkongsi yuran Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Sektor Domestik di Indonesia.

"Kos sebenar majikan hanya RM6,700. Struktur kos itu dicapai selepas rundingan berpanjangan dengan rakan kami, Asosiasi Perusahaan Jasa Tenaga kerja Indonesia (APJATI) sejak beberapa bulan kebelakangan ini," kata Presiden PAPA, Jefrrey Foo pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) sebelum ini antara kerajaan Indonesia dan Malaysia, bayaran kepada agensi pembantu rumah asing Indonesia ditetapkan sebanyak RM4,511 iaitu RM2,711 dibayar oleh majikan dan RM1,800 oleh pembantu rumah berkenaan.

Foo memperjelaskan struktur kos baharu sebanyak RM6,700 itu adalah munasabah selaras dengan permintaan dan bekalan pasaran.

Beliau meramalkan bahawa struktur kos baharu itu boleh menarik lebih 10,000 pembantu rumah Indonesia ke Malaysia.

Beliau juga percaya cadangan yuran baharu itu akan diterima oleh kerajaan kedua-dua negara itu.

"Kami mengakui dan menghargai niat baik Kementerian Sumber Manusia dalam membenarkan PAPA mencadangkan dan mematuhi struktur harga yang adil," katanya.

Foo berkata proses pengambilan pembantu rumah Indonesia melalui anggota persatuan itu akan dilakukan mengikut prosedur yang betul dan di kawal selia.

"Kami akan melibatkan rakan kami di Indonesia (APJATI) dalam mengenal pasti calon-calon yang sesuai yang akan direkrut dan dilatih. Kami menjangka sambutan yang baik daripada mereka dalam beberapa bulan akan datang," katanya.

Sementara itu, Foo berkata APJATI akan membuka sebuah pejabat perwakilan asing di Malaysia bulan depan bagi memantau kebajikan dan keselamatan pekerja mereka di negara ini.- Malaysiakini