Saturday, 17 November 2012
Cara mengawal harga pasaran rumah
Hari tu aku ada baca dekat facebook page ZYQ Engineering cara-cara nak turunkan harga rumah,bagi aku cadangan ni agak bagus dan sangat efisyen untuk mengawal harga rumah di Malaysia..Aku pun malas nak tulis panjang-panjang,korang baca la k :)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Siapa yg ada kuasa mengubahnya..? Siapa yg mampu membantu kita..?
Jawapanya adalah di tgn Goverment (Kerajaan)... Kenapa Gov...?
kerana Gov dipilih oleh rakyat...kita xboleh harapkan kaum kapitalis spt pemaju dan bank..
kerana mereka tidak endahkan kuasa rakyat... tapi Gov mesti patuh kpd rakyat..
kerana itu adalah kitab utama dalam dunia Politik, jika ingin membentuk Kerajaan..
Kaedah Pertama :
Goverment Perlu jadikan bahan binaan sbg bahan kawalan..
kerana apa..?kerana rumah adalah keperluan hidup manusia, sama spt makanan..
Harga simen..pasir..batu..besi..harus diklasifikasikan sbg barang kawalan..
sama spt apa harga kawalan bg gula,beras,tepung dll...
Ingat..!! kilang2 kapitalisme pasti takut akan perkara ini..
Kaedah Ke-2 :
Goverment Perlu kawal/kurangkan kewujudan Agen2 Hartanah..
Mereka2 ini telah lama mengaut keuntungan atas angin walhal rumah
tersebut bukanlah aset mereka..mereka2 ini jugalah punca harga rumah melambung..
dengan spekulasi yg mereka unjurkan..
kita perlu paham, mengapa Perdana Menteri kita perkenalkan KEDAI1MALAYSIA..?
inilah konsepnya..apabila org tgh berjaya di kawal, hasilnya kita boleh lihat..
Hari2 pasaraya spt Giant,Tesco,Mydin kecoh merekalah juara harga rendah..
Kaedah ke-3:
Goverment Perlu ketatkan undang2 penjualan dan pembelian rumah..
Kerana selalunya org kaya akan membeli rumah kos rendah sehingga
3-5buah rumah yg sepatutnya di miliki oleh rakyat berpendaptan rendah..
akibatnya rumah kos rendah habis dibeli menyebabkan rakyat yg
kurang mampu terpaksa terus menyewa kerana rumah kos rendah tiada lagi..
Jangan tidak percaya...tuan2 dan puan2 boleh pergi sendiri ke pusat2 auction disekitar
ibu kota.. tgk sdr bagaimana rakusnya org kaya membeli rumah kos rendah disana..
Kaedah ke-4:
Goverment Perlu Hadkan pembelian rumah oleh warga asing.
Dalam perkara ini perlu dilihat lebih menyeluruh.. kerana Gov dibawah kementerian
Pelancongan Malaysia ada melakukan satu program yg dikenali sbg MM2H iaitu
Malaysia My Second Home...
Program ini nampaknya seperti mengalakkan pelancongan di Malaysia... Namun
ianya dilihat sbg sesuatu yg telah merosakkan harga rumah di Malaysia... Dgn nilai
tukaran duit Malaysia yg rendah, menyebabkan warga asing ini mampu memiliki
hampir apa saja termasuk rumah yg nilainya tinggi...Akibatnya populasi kaum sederhana
telah berhijrah ke kawasan jauh drp spot area...ini kita boleh lihat disekitar ampang,
Cheras, Gombak dan sedang menuju ke Mutiara Damansara...
Kaedah ke-5:
Goverment Perlu Hapuskan Lawyer BANK..
Ini lagi satu sistem kapitalis yg mencekik rakyat Malaysia... bayangkan mereka2 ini,
hanya perlu photoste dokumen2 yang perlu ditandatangani oleh pembeli & kutip duit
beribu-ribu ringgit begitu saja...?
Baik sekarang mari kita semak... Bagaimana pula dengan loan2 peribadii..
yang mencecah hampir RM200ribu tidak pula perlu LAWYER BANK..?
Bagaimana pula dgn Loan Kereta RM200ribu..tidak pula perlu LAWYER BANK..?
tapi apabila dlm sistem pembelian rumah RM200ribu perlukan lawyer bank...? ini silat
mata jenis apa...?
Ya betul...property adalah satu aset yg naik nilainya..tapi tidak cukupkah
dokumentasi dan syarat2 kapitalis serta percentage yg dikenakan keatas rakyat malaysia?
tidak cukupkan berkeping2 kertas yg ditandatangani pembeli itu utk dibawa ke makamah jika
ada yg tidak patuh...? tak perlu Lawyer jika tiada arahan yg dilanggar oleh pembeli..
cukup hanya 1 lawyer utk urusan jual beli rumah... BANK sudah cukup byk makan InTEREST
rakyat Malaysia sehingga membebankan mereka...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Banyak lagi kaedah bagi menurunkan harga rumah ini :
ke-6 : Mewujudkan "Tempat Nuklear" spt di Kuantan
ke-7 : Mengadakan "Propaganda Media" spt apa yg berlaku di Bkt Beruntung, Hulu Sel.
ke-8 : Kerajaan sdr bertindak sbg pemaju...spt PKNS,PKNK dll
ke-9 : Kerajaan sdr bertindak sbg bank.. bg mengurangkan Interest..spt kakitgn kerajaan..
ke10 : Kerajaan boleh wujudkan kontraktor khas bina rumah bawah RM100ribu.
Dan lain2 lagi...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini adalah 5 kaedah yg dirasakan mampu dilakukan oleh pihak kerajaan
bagi membantu rakyat Malaysia.. Saya percaya banyak lagi kaedah yang boleh
dilakukan oleh pihak lain.. Namun dalam hal yg melibatkan keuntungan ini
Pemaju dan Bank bukanlah org yg boleh rakyat Malaysia minta tolong...
Kerajaan Malaysia ada juga melakukan Inisiatif utk menurunkan harga rumah spt
Program Rumah 1Malaysia (PR1MA) iaitu harga rumah antara rm150k-rm300k (ini harga masih mahal)
namun ianya hanya meyelesaikan ruang lingkup luaran sahaja bukanlah pada akar umbinya..
Bagi isu ini kita perlu terus turun kpd ASAS kenaikan harga rumah ini iaitu harga barang binaan
seperti yg saya nyatakan diatas...
Saya rasakan perkara ini perlu diambil serious oleh semua rakyat Malaysia..
kerana dunia luar telah mengalami masalah ini sehingga negara mereka bankrup..
Ireland peningkatan harga rumahnya hampir 500% dalam tempoh 12 tahun dari
1994 - 2004,selepas itu negara mereka bankrupt...
dan negara kita pula spt dibentangkan oleh Majlis Penasihat ekonomi
Negara menunjukkan peningkatan hampir 800%.. BERSEDIAKAH KITA..?
PENULIS : ialah En.Zikri Zaini President ZYQ Engineering,
berpengalaman dalam dunia Business, Construction
& Pengurusan Hartanah lebih 15tahun..
sumber: https://www.facebook.com/notes/zyq-engineering/kaedah-menurunkan-harga-rumah-yang-melampau-di-malaysia/340679416022321
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment