Wednesday, 14 May 2014

Menarik: Cara buat perangkap nyamuk

Jika sebelum ni aku ada kongsi tentang artikel tentang haiwan yang banyak membunuh manusia ialah nyamuk.Jadi aku ada satu perkongsian yang menarik untuk korang semua cuba.Aku cuma nak kongsi cara-cara nak buat perangkap nyamuk.Untuk buat perangkap nyamuk ni x mahal pun.Sebenarnya cara ni aku tak pernah cuba pun,sebab xde masa nak buat sibuk dengan kerja hahaha.

So kepada kawan yang nak cuba buat perangkap nyamuk ni,harap-harap korang boleh kongsi hasilnya nanti hehe..Cara ni sekaligus dapat menjimatkan wang belanja korang,xdelah asyik nak beli Ridsect ke atau sebagainya.





TPPA : Apa yang berubah lepas 5 tahun?

Artikel sebelum ni aku ada cerita sedikit mengenai TPPA...ok hari ni aku cuma nak kongsi artikel mengenai TTPA yang aku cerita sebelum ni,semoga dengan perkongsian dari artikel ini dapat membantu menjelaskan serba sedikit mengenai TTPA...



ULASAN Pada tahun 2008, kerajaan Malaysia telah menghentikan perundingan perjanjian FTA Amerika-Malaysia yang sudah berlangsung selama dua tahun, dengan 58 "isu tidak selesai".

Antara penentang utama FTA ialah menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam isu kesejahteraan hidup petani tempatan.

Malah, beliau dilaporkan pernah mengatakan ‘langkah mayat saya dahulu.'

Khairy Jamaludin, yang ketika itu turun protes, berpendapat bahawa FTA akan mengancam kedaulatan Malaysia dengan perlindungan paten, lantas menghalang akses kepada industri perubatan generik.

Jadi mengapakah kerajaan beriya-iya kini untuk menyertai TPPA? Apakah yang telah berubah selepas lima tahun? Yang pasti, kandungan ala FTA yang bakal mengisi TPPA masih kekal sama.

Kenapa Trans-Pasifik?

Kita boleh membuat andaian bahawa TPPA dikenali sebagai Trans-Pasifik kerana faktor lokasi geografi kedudukan negara-negara yang terlibat dalam rundingan.

TPPA unik kerana ia adalah perjanjian terbuka. Semua negara yang berminat boleh menyertainya selagi mana mereka bersetuju dengan apa yang telah dirundingkan pada waktu kemasukan itu, dan negara-negara lain bersetuju dengan penyertaan negara tersebut.

Negara-negara yang menyertai TPPA, kebanyakkannya sudah mempunyai perjanjian FTA dengan Amerika kecuali Jepun, New Zealand, Malaysia dan Brunei.

Jepun dan New Zealand merupakan negara maju yang mempunyai antara jaringan hubungan perdagangan yang terbesar di dunia, manakala Brunei ialah sebuah negara yang sangat kaya sumber, walaupun perdagangan yang kecil.

Hal ini menjadikan Malaysia, sebagai sebuah negara yang paling terancam dengan status sebagai negara membangun dan pihak baru dalam perjanjian TPPA dengan Amerika ini.

Thursday, 8 May 2014

Haiwan yang paling banyak membunuh manusia!


Fakta menarik.


Selalu kita bayang haiwan seperti harimau, ular dan seangkatan dengannya yang banyak membunuh manusia. Tapi tekaan kita salah........





Manusia lebih ramai dibunuh oleh nyamuk berbanding binatang buas yang lain.
 725,000 per year ! such a huge number.


so, jangan lupa periksa longkang-longkang kat rumah tu, periksa pasu-pasu atau bekas-bekas kat luar rumah tu yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. 



 Jangan lupa yer !



Saturday, 26 April 2014

Obama ke Malaysia untuk TPPA??


Cuba kita soroti bila kali terakhir Presiden US datang ke Malaysia,hampir setengah abad yang lalu tahun 1966 Presiden Lyndon B Johnson dan ketika itu Obama baru berumur lima tahun ketika kali terakhir Presiden AS, Lyndon B. Johnson melawat Malaysia pada 1966 untuk mendapatkan sokongan dalam Perang AS di Vietnam.

Jika diikut logik akal mungkin ada agenda yang lebih besar yang diperlukan US,mana mungkin seorang presiden negara kuasa sanggup melakukan lawatan ke negara kecil seperti Malaysia semata-mata untuk mengeratkan hubungan perdangangan.Apa yang paling dibimbangi oleh rakyat Malaysia ialah kerajaan Malaysia bersetuju untuk menandatangi perjanjian TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement).Sebenarnya perjanjian ini sangat besar kesannya kepada industri-industri yang dimonopoli oleh rakyat Malaysia,kerana syarikat-syarikat tidak dapat bertahan menghadapi persaingan yang tidak bersimpati daripada negara maju,apatah lagi nasib industri kecil sederhana (SME).