Saturday 26 April 2014

Obama ke Malaysia untuk TPPA??


Cuba kita soroti bila kali terakhir Presiden US datang ke Malaysia,hampir setengah abad yang lalu tahun 1966 Presiden Lyndon B Johnson dan ketika itu Obama baru berumur lima tahun ketika kali terakhir Presiden AS, Lyndon B. Johnson melawat Malaysia pada 1966 untuk mendapatkan sokongan dalam Perang AS di Vietnam.

Jika diikut logik akal mungkin ada agenda yang lebih besar yang diperlukan US,mana mungkin seorang presiden negara kuasa sanggup melakukan lawatan ke negara kecil seperti Malaysia semata-mata untuk mengeratkan hubungan perdangangan.Apa yang paling dibimbangi oleh rakyat Malaysia ialah kerajaan Malaysia bersetuju untuk menandatangi perjanjian TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement).Sebenarnya perjanjian ini sangat besar kesannya kepada industri-industri yang dimonopoli oleh rakyat Malaysia,kerana syarikat-syarikat tidak dapat bertahan menghadapi persaingan yang tidak bersimpati daripada negara maju,apatah lagi nasib industri kecil sederhana (SME). 


Apa yang dibimbangi dengan kedatangan Obama akan membuatkan kerajaan terpaksa berlembut untuk mendatangi perjanjian ini.Diharapkan perkara seperti ini tidak terjadi,semoga PM Malaysia Najib Razak rasional dalam membuat keputusan.Melalui pembacaan aku mengenai TPPA,perjanjian ini akan menyebabkan kenaikan harga ubatan menaik mendadak,barangan pertanian seperti beras terpaksa bersaing dengan produk dari negara yang menandatangi TPPA.Aku nak share sedikit ulasan dari artikel yang aku baca,

TPPA bertujuan untuk membebaskan perdagangan dan mengurangkan tarif, yang mana boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan yang drastik dalam banyak sektor.

Kesan langsung ialah tekanan terus kepada gaji pekerja lantas meluaskan lagi jurang pendapatan yang sudah sedia besar sekarang.

Mexico ialah contoh terbaik; hasil daripada pemeteraian Perjanjian Perdagangan Besar Amerika Utara (NAFTA) dengan Kanada dan Amerika, tiga juta daripada sepuluh juta rakyat Mexico kehilangan pekerjaan
Pengurangan tarif akan memberikan kesan langsung terutama kepada produk pertanian. Bagaimana mulia pun niat TPPA mempromosikan keberkesanan dan persaingan sihat, niat itu menjadi tidak adil apabila kita melihat hakikat bahawa lebih 90 peratus syarikat Malaysia yang terlibat dalam sektor pertanian ialah syarikat kecil dan sederhana (SME).

Mereka akan menghadapi persaingan yang tidak seimbang daripada syarikat-syarikat gergasi pertanian daripada negara-negara seperti Amerika, Kanada dan Jepun, yang mana kerajaan tidak menurunkan pun subsidi yang besar kepada petani mereka.

Kajian oleh UNCTAD menunjukkan bahawa subsidi telah merendahkan kos pengeluaran beras Amerika sebanyak 45 peratus, kacang soya 32 peratus dan kapas sebanyak 52 peratus.

Pengiraan kasar menunjukkan bahawa hasil beras mereka mampu memenuhi pasaran Malaysia serendah RM1.40kg. Apakah yang akan terjadi kepada BERNAS, dan nasib pengeluar tempatan yang lebih kecil?
Sebenarnya banyak lagi isi kandungan artikel ni,aku akan cuba kongsi untuk entry akan datang,sebab terlalu panjang sangat untuk dikongsi dalam artikel ni.Cuba bayang apa yang akan terjadi jika perjanjian ini disertai Malaysia,tentu negara kita akan terjajah ekonomi.


No comments:

Post a Comment