Tuesday, 13 November 2012

Tips menguatkan akal fikiran

 
 
Disini aku nak berkongsi tips-tips untuk menguatkan akal mengikut ilmuan islam.Semoga kita semua dapat mengambil manfaat darinya.

6 cara untuk menguatkan akal:- 

1.Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2.Makan buah badam.
3.Makan daging kambing.
 4.Halwa halia.
5.Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.
6.Makan buah limau.

Selain itu bagi menjaga akal,ada perkara yang boleh melemahkan kekuatan akal,so sebelum makan atau minum elakkan perkara-perkara macam dibawah..

1.Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2.Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3.Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4.Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5.Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap kali waktu sembahyang.

Monday, 12 November 2012

Propagandis zaman


 Buku yang wajib baca bagi penggemar tulisan Pak Subky,aku merupakan salah seorang penggemar tulisan beliau.Bagi aku tulisan beliau boleh menyebabkan korang ralit.Buku pertama sebelum buku ni diterbitkan ialah Anak Apak,buku ini merupakan buku top 5 di MPH...TABIK SPRING BUAT PAK SUBKY.Semoga beliau sentiasa sihat dan dapat terus menerbitkan bahan bacaan yang membuka minda...Pastikan korang masukkan dalam list hehehehe




sumberhttp://www.kemilau.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=340:propagandis-zaman&catid=1:segera-terbit


 
oleh Subky Abdul Latif
Harga: RM39.00/RM42.00
ISBN: 978-967-361-067-9
Tarikh Terbit: Disember 2012
Jumlah Muka Surat: 641

Sinopsis

PROPAGANDIS ZAMAN adalah Memoir Kewartawanan-2; lanjutan daripada Memoir Kewartawanan-1: ANAK APAK yang menceritakan perjalanan keluarga dan dunia saya dalam hidup di alam pra-pekerjaan; mengenai dunia kanak-kanak musim Jepun, alam persekolahan pasca pemergian Jepun dan sewaktu kedatangan semula ketuanan penjajah Inggeris, usia remaja serta pasca kemerdekaan tanah air, dan kemerdekaan negara yang pertama di dunia yang dicapai melalui rundingan.   Propagandis Zaman adalah siku dan liku memasuki hidup dalam alam pekerjaan. Dengan iradat Allah saya menceburkan diri ke dunia persuratkhabaran dan saya menjadi karyawan media akhbar. Dunia karyawan awal yang saya lalui ialah dunia kewartawanan Melayu yang pernah dilalui oleh Munsyi Abdullah dan Abdul Rahim Kajai. Mereka bukan sekadar pemberita yang mencatatkan kejadian di zamannya tetapi wartawan dan penulis yang berstatus propagandis zaman masing-masing.  Warna-warni bergelumang dalam dunia surat khabar dan kewartawanan adalah satu kehidupan manis yang mencorakkan kehidupan saya sebagai seorang manusia selepas meninggalkan sekolah. Di situlah sekolah kehidupan saya. Moga-moga diperkenan Allah agar memoir ini ada sumbangannya kepada pembaca.

Sunday, 11 November 2012

Cara memilih IPTS yang sesuai

Hari ni aku nak kongsi cara-cara memilih institut pengajian tinggi swasta dalam bentuk gambar,gambar ni pun aku cilok dari FB
sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=557393917620844&set=a.138885149471725.23582.100000507210496&type=1&relevant_count=1&ref=nf so sebelum korang pilih mana-mana IPTS,korang tengok dulu ciri-ciri yang perlu ada pada sesebuah IPTS.Aku harap gambar ni dapat membantu kepada sesiapa yang ingin belajar di IPTS....

Saturday, 10 November 2012

Situasi sebelum dan selepas berkawin (fakta)

Nak kongsi fakta yang x boleh dinafikan lagi hahaha,mungkin sesetengah la yang berperangai macam ni wakakakaka.Agak-agak sape perangai macam ni lepas dah kahwin????baik mengaku :)

sumber dari FB Malaysian Gags