Monday 12 November 2012

Propagandis zaman


 Buku yang wajib baca bagi penggemar tulisan Pak Subky,aku merupakan salah seorang penggemar tulisan beliau.Bagi aku tulisan beliau boleh menyebabkan korang ralit.Buku pertama sebelum buku ni diterbitkan ialah Anak Apak,buku ini merupakan buku top 5 di MPH...TABIK SPRING BUAT PAK SUBKY.Semoga beliau sentiasa sihat dan dapat terus menerbitkan bahan bacaan yang membuka minda...Pastikan korang masukkan dalam list hehehehe




sumberhttp://www.kemilau.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=340:propagandis-zaman&catid=1:segera-terbit


 
oleh Subky Abdul Latif
Harga: RM39.00/RM42.00
ISBN: 978-967-361-067-9
Tarikh Terbit: Disember 2012
Jumlah Muka Surat: 641

Sinopsis

PROPAGANDIS ZAMAN adalah Memoir Kewartawanan-2; lanjutan daripada Memoir Kewartawanan-1: ANAK APAK yang menceritakan perjalanan keluarga dan dunia saya dalam hidup di alam pra-pekerjaan; mengenai dunia kanak-kanak musim Jepun, alam persekolahan pasca pemergian Jepun dan sewaktu kedatangan semula ketuanan penjajah Inggeris, usia remaja serta pasca kemerdekaan tanah air, dan kemerdekaan negara yang pertama di dunia yang dicapai melalui rundingan.   Propagandis Zaman adalah siku dan liku memasuki hidup dalam alam pekerjaan. Dengan iradat Allah saya menceburkan diri ke dunia persuratkhabaran dan saya menjadi karyawan media akhbar. Dunia karyawan awal yang saya lalui ialah dunia kewartawanan Melayu yang pernah dilalui oleh Munsyi Abdullah dan Abdul Rahim Kajai. Mereka bukan sekadar pemberita yang mencatatkan kejadian di zamannya tetapi wartawan dan penulis yang berstatus propagandis zaman masing-masing.  Warna-warni bergelumang dalam dunia surat khabar dan kewartawanan adalah satu kehidupan manis yang mencorakkan kehidupan saya sebagai seorang manusia selepas meninggalkan sekolah. Di situlah sekolah kehidupan saya. Moga-moga diperkenan Allah agar memoir ini ada sumbangannya kepada pembaca.

No comments:

Post a Comment