Tuesday 11 June 2013

Adakah perlu undang-undang kesalahan menderhaka???

Sejak 2-3 minggu ni,heboh tentang bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan penggubalan undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada Raja.

"Patut ada undang-undang khas digubal tentang apa-apa perbuatan yang terjumlah dan terangkum dalam kesalahan derhaka. Undang-undang ini sesuai kerana rakyat di beberapa lapisan tidak memahami sebenarnya kuasa Raja."Sudah tiba masanya bagi kerajaan menggubal undang-undang mengenai penderhakaan, bukan di bawah hasutan," katanya kepada pemberita di luar Seminar Institusi Raja anjuran Universiti Malaysia Perlis di ibu negara.
 Bagi aku,undang-undang sedia ada sudah mencukupi,raja bukanlah nabi,maksum tidak boleh dikritik.Sedangkan Ratu England Queen Elizebath pun boleh dikritik oleh rakyatnya.Sepatutnya beliau mencadangkan agar kerajaan mengubal undang-undang Suruhanjaya Bebas Menyiasat Salah Laku Polis (IPCMC).Undang-undang ini sebenarnya lebih penting bagi melindungi Orang Kena Tahan (OKT) dari keganasan pihak polis semasa siasatan dilakukan.

#Kenapa sewaktu Tun Mahathir mengubal undang-undang melucutkan imuniti kekebalan raja,tiada orang yang membantah????

No comments:

Post a Comment