Tuesday, 11 June 2013

Akhirnya janji Di Capati...Syukur

Antara kenderaan yang telah diturunkan harga ialah

1. Peugeot 308 (11 %),
2. Volkswagen Golf (7.1%),
3. Viva (5.4%),
4. Myvi (4%),
5. Persona (3.8%),
6. Alza (3.4%),
7. Preve (3%),
8. Honda Jazz Hibrid (2.5%),
9. Saga (1.1%) dan
10. Exora (0.7%).

Akhirnya setelah berkurun-kurun kajian dilakukan,kerajaan telah menurun harga kereta,itupun hanya 10 model terpilih yang telah diturunkan harga KAH KAH KAH.Jika tiada tawaran manifesto dari pihak pembangkang,mungkin kerajaan tidak akan menurunkan harga kenderaan.Tapi apa yang dikesalkan, kerajaan tidak menurunkan cukai duti eksais tapi hanya menurunkan harga kenderaan.

Jika cukai duti eksais dikurangkan,maka harga semua jenis kenderaan akan dapat dikurangkan.Tindakan kerajaan menurunkan harga kereta hanya sekadar menunaikan janji mereka,supaya tidak dijadikan modal oleh pembangkang.Penurunan harga kenderaan pada 10 model yang terpilih tidak akan menyelesaikan masalah kenderaan mahal,kerana sebelum ini pun pihak pengedar kenderaan sudah memberikan rebat.

Contohnya PROTON memberi rebat sebanyak RM5000 untuk pembelian kereta PERSONA,biasanya apabila akhir tahun pengedar kenderaan akan membuat jualan penghabisan dan menawarkan diskaun.Jadi penurunan harga kereta yang diumumkan kerajaan hanya sekadar 'melepaskan batok ditangga'.Apa yang dipersoalkan kenapa penurunan harga kenderaan mampu milik untuk rakyat seperti PERODUA & PROTON hanya sedikit penurunan

Akhir kata,penurunan harga kereta ini sekadar perjanjian antara pengedar dengan kerajaan agar kelihatan kerajaan menunaikan manifesto PRU13 lalu.

No comments:

Post a Comment