Sebenarnya aku nak cerita tentang isu kalimah Allah,pada pandangan aku isu ni sekadar 'mileage' untuk orang politik untuk menunjuk siapa yang lebih Islam..Satu lagi bagi aku kenapa kita perlu melarang penggunaannya,kita sebagai orang Islam sudah sememangnya percaya Allah itu merupakan Pencipta alam semesta ini dan tuhan sekalian alam..Adakah kita percaya bahawa ada tuhan lain selain Allah S.W.T???Jika kita melarang penggunaan kalimah Allah,seolah-olah umat Islam mengiakan bahawa agama lain pun mempunyai tuhan mereka yang tersendiri,sedangkan tuhan bagi sekalian makhluk di alam ini hanyalah Allah S.W.T.
Tujuan kerajaan melarang penggunaan kalimah Allah bagi orang bukan Islam seperti mempersendakan akidah umat Islam dinegara ini...Benarkah umat Islam di Malaysia sangat lemah iman mereka?jika penganut agama lain menggunakan kalimah Allah umat Islam di Malaysia akan terkeliru???Bodoh betul alasan yang diberi.
Alahai,adakah Allah S.W.T hanya terbatas untuk Islam sahaja? Allah yang disembah, adalah Tuhan yang tiada batasan dan untuk semua manusia yang ada dibumi..Allah adalah tuhan sekalian makhluk dan tidak terbatas..Kalau baca dalam Malaysiakini Harun Taib Ketua Dewan Ulama PAS menyeru mempertahankan kalimah Allah,aku berbeza pendapat dengan beliau..
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata beliau menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak mengekalkan keputusan kerajaan menghalang majalah The Herald dari menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan bahasa Melayunya.Cukuplah berpolemik dalam isu ni,kalau benarlah umat Islam di Malaysia mudah keliru,apa kata kerajaan memperhebatkan program-program berunsur Islam bagi memantapkan iman umat Islam.Setakat menyekat penggunaan kalimah tak guna kalau usaha memperhebatkan program-program dakwah tak dijalankan...
No comments:
Post a Comment