Friday, 25 April 2014

Hudud boleh dilaksanakan di Malaysia

Rasanya hampir setahun lebih blog aku tak update,dalam hati sebenarnya nak menulis cuma kekangan masa,kadang-kadang terlupa bila nak menulis..

hahaha tiba-tiba hari ni rasa nak menulis semula.Aku cuma nak kongsi cerita tentang hudud yang sekarang banyak dibincangkan dalam media.

Rasanya sebulan dua ni,isu hudud hangat diperkatakan,terutamanya selepas kerajaan Brunei mula melaksanakan hudud, boleh rujuk disini Brunei laksana hudud,kemudian diikuti dengan kerajaan Kelantan yang cuba untuk melaksanakan hukum hudud.Walaupun selepas hampir 23 tahun Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993,tetapi menurut kerajaan negeri Kelantan disebabkan halangan daripada kerajaan pusat pada waktu itu,maka hukum hudud tidak dapat dilaksanakan.

 Tapi kalau mengikut apa yang diceritakan oleh Dr Aziz Bari dalam Malaysiakini
Apa pun ketika ini pandangan yang melihat hudud boleh dilaksanakan melalui skima perlembagaan sudah diterima. Secara ringkas ia boleh disimpulkan begini:

(a) Perlembagaan tidak secara tegas menghalang atau menolak pelaksanaan undang-undang Islam. Bahkan sistem kita sudah menerimanya sejak lama dulu, dari undang-undang keluarga Islam kepada perbankan Islam,

(b) Ketertinggian perlembagaan yang sering dikemukakan sebagai halangan pada hakikatnya hanyalah penekanan bahawa apa juga yang hendak dilaksanakan di Malaysia – termasuk hudud – perlu dibuat di dalam kerangka perlembagaan
Jadi sudah jelas disini hukum hudud masih boleh dilaksanakan,cuma beberapa aspek kelemahan dari kerajaan Kelantan yang menyebabkan hukum tersebut masih tidak dapt dilaksanakan lagi pada hari ini.Menurut Dr Aziz Bari lagi
Kekeliruan yang timbul mengenai pelaksanaan hudud ini berpunca dari kecelaruan PAS sendiri. Sepatutnya sebelum Kelantan menyiap dan meluluskan enakmen 1993 itu mereka perlu terlebih dahulu menyediakan plan yang jelas bagaimana hudud ini hendak dilaksanakan di dalam kerangka perlembagaan kita.

Selain itu PAS juga perlu memikirkan kekuatan mereka, khususnya bilangan kerusi yang mereka ada di parlimen. Ini perlu kerana kalau kita mengambil pendekatan kuasa negeri pun ada beberapa langkah yang perlu dibuat di peringkat persekutuan.

PAS hanya memikirkan soal bidang kuasa ini secara serius dalam beberapa bulan kebelakangan ini setelah tampuk kerajaan negeri Kelantan berubah dan desakan untuk menyegerakan pelaksanaan hudud disuarakan.

Saya telah menegaskan banyak kali tentang perlunya sebuah dasar dan plan yang jelas mengenai langkah dan pendekatan yang perlu diambil dalam soal pelaksanaan hudud ini. Bagaimanapun kerajaan negeri memandang sepi dan menyatakan apa yang saya katakan hanyalah pandangan peribadi.
 Berita lanjut boleh baca disini Hudud Kelantan talian hayat untuk Umno?

No comments:

Post a Comment