Thursday, 6 December 2012

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja  yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu  perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

Kenapa saya bukan Komunis part 2

Artikel ini merupakan sambungan daripada bahagian pertama.Semoga kita faham dan tidak diperbodohkan oleh orang lain.Bagi yang ingin membaca bahagian pertama,boleh rujuk sini
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi saya, seorang komunis itu adalah insan yang tinggi inteleknya, luas pembacaan dan luas bidang pemikirannya. Insan komunis adalah seorang internasionalis - berjuang bukan untuk bangsa tetapi untuk seluruh kemanusiaan. Insan komunis menolak kotak-kotak kecil yang memisahkan sesama manusia. Secara tidak sengaja dia dilahirkan di Tanah Melayu, maka kancah perjuangannya di bumi Melayu ini. Jika dia dilahirkan di Berlin maka di Berlin pula dia akan berjuang.

Insan komunis tidak mempunyai sikap dan nilai perkauman. Jika dia seorang lelaki dia akan menghormati wanita bukan sebagai objek seks tetapi sebagai manusia. Insan komunis adalah seorang feminis dan tidak sexist nilai hidupnya. Komunis tidak mempunyai nilai prasangka tanpa penelitian yang rapi. Seorang komunis menghormati budaya-budaya dan cara hidup insan lain.

Wednesday, 5 December 2012

Sokong membabi buta

Harian Metro (So Hardcore)
"Kerajaan sudah banyak berbelanja demi memenangi hati rakyat.Saya harap selepas menang PRU-13,kerajaan menaikkan harga petrol dan rokok,tetapi jangan naikkan harga makanan"
Adoi kenapa ada jugak orang macam ni????Kah kah kah kah ni memang super hardcore penyokong setia Barisan Nasional.Boleh jahanam negara kalau ada 1 juta orang macam ni.Tapi kalau kita reverse ni mungkin komennya memerli tindakan kerajaan.Jadi cubalah bersangka baik.

Kalau ye pun sayang kepada pemerintahan sekarang,fahamilah realiti sekarang.Semua orang tahu kesan rantaian yang akan berlaku jika sesuatu harga barangan meningkat,maka harga barangan lain turut sama meningkat.Sebagai contoh,jika dahulu harga untuk sebuah rumah mungkin sekitar RM80,000 untuk disiapkan,sekarang sekitar RM100,000.Ini disebabkan harga kos barang binaan yang meningkat,jadi kos untuk menyiapkan rumah akan naik.

Tuesday, 4 December 2012

Kenapa saya bukan Komunis part 1

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat.

"Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Karl Marx, Pengasas Komunisme.  Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme.