Sunday 20 January 2013

Bukan 'Melayu mudah lupa' tapi Tun yang lupa

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.
  
"Saya hanya mencadangkan sahaja, dan tidak serius tentang itu
(melaksanakannya)...tetapi jika mahu menjalankan siasatan mestilah secara menyeluruh, ia tidak adil sekiranya hanya fokus kepada satu perkara sahaja dan tidak perkara lain.
  
"Terdapat perkara yang sama, saya hanya mahu menunjukkan perbandingan, saya bukan serius mengenainya tetapi saya memang menekankan apabila melakukan sesuatu perkara ia mesti adil," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan dan menyampaikan ucaptama pada konvensyen 'Transformasi Ekonomi dan Pelajaran  Melayu Pulau Pinang 2013' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang di Dewan Utama, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini.

Petikan dari BERNAMA

Adakah Tun Mahathir tidak menyedari pemberian kerakyatan sebelum kemerdekaan negara kita adalah perjanjian kontrak sosial,sebelum negara kita mendapat kemerdekaan daripada British,Tunku Abdul Rahman telah diberi syarat untuk menerima dua kaum utama di Malaysia iaitu India serta Cina.Atau Mahathir berpura-pura lupa tentang syarat perjanjian yang diperlukan untuk merdekan negara kita sekarang ini?Sungguh memalukan untuk menyamakan tindakan beliau yang memberi kerakyatan kepada warga asing di Sabah dengan tindakan Tunku.Semakin banyak bercakap semakin terang keburukan yang cuba diselindungi,mungkin 'Melayu mudah lupa sesuai digunakan kepada Tun Mahathir...

No comments:

Post a Comment