Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang
malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit
kronik.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata
penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan
Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
"Mereka
yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair
nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi
RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,"
katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil
kepada 353 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan
Penilaian Menengah Rendah bagi kawasan Parlimen Bentong di sini, hari
ini.
Liow berkata sekalipun salah, namun penjualan rokok
e-elektronik itu sukar dikawal berikutan orang ramai didapati melakukan
pembelian menerusi internet.
"Rokok e-elektronik atau e-rokok ini
kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa
disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai
jenis penyakit kronik," katanya.
Pada perkembangan berkaitan,
Liow yang juga anggota Parlimen Bentong berkata kerajaan menyediakan
peruntukan yang besar dalam Belanjawan 2013 bertujuan memastikan kualiti
hidup yang lebih baik dan sihat.
Katanya tidak ada gunanya jika
negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dan rakyat
pendapatan tinggi tetapi mereka berada dalam keadaan tidak sihat dan
menghidap pelbagai jenis penyakit kronik.
"Keadaan seperti itu akhirnya akan menyebabkan produktiviti dan ekonomi negara tidak meningkat.
"Kita
berharap rakyat mengamalkan gaya hidup sihat dengan banyak membuat
senaman sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari dan menjauhi tabiat yang
boleh merosakkan kesihatan seperti merokok," katanya.
- Bernama
aku cakap,kerajaan semua benda nak dikawal.Setahu aku rokok elektronik tidak ada nikotin malah tidak mengandungi tar.Adakah tindakan kerajaan bertujuan untuk mengutip cukai...Sendiri fikir la
No comments:
Post a Comment