Baru-baru ni,masa dekat tempat kerja,aku ada bersembang dengan seorang bukan Islam,untuk pengetahuan dia bukan orang Malaysia,dia cuma datang untuk set up plant baru dekat tempat aku kerja dan dia tidak tahu apa-apa mengenai Islam.Jadi semasa sembang-sembang,kawan aku secara bergurau menunjuk gambar seorang artis Malaysia,nak jadikan cerita kawan aku cakaplah artis tu isteri dia.hahaha
Tetapi apa yang mengejutkan aku,dia cakap your wife not muslim?? apa yang menyebabkan dia cakap macam tu sebab artis tu tidak memakai tudung,selepas tu aku ketawa bila dengar dia cakap macam tu.Tapi dalam hati aku rasa sangat terkesan dengan kata-kata dia,orang bukan Islam (luar negara) yang tidak mengenal Islam hanya mengenal orang Islam dari cara berpakaian sahaja.Jadi apa yang jelas disini jika seorang muslim atau muslimah tidak menutup aurat,menunjukkan perangai yang tidak baik,orang akan anggap agama Islam itu teruk.Amat mengecewakan agama Islam dipandang serong kerana kesilapan penganutnya.
Jadi sebagai seorang Islam,kita sepatutnya menjaga maruah agama kita.Kadang-kadang perangai kita tidak mencerminkan sebagai seorang Islam.Walaupun kita masih tidak sempurna dalam mengamalkan Islam,kita perlulah berusaha untuk menjadi muslim yang patuh kepada agama.Kita sepatutnya berusaha untuk menunjukkan contoh yang baik kepada orang yang bukan beragama Islam,supaya mereka tertarik dengan Islam,kerana itu juga merupakan satu dakwah.
P/S: Aku juga masih tidak sempurna dalam mengamalkan ajaran Islam,sama-samalah kita berubah.
No comments:
Post a Comment