Friday 25 April 2014

Penganut Kristian pun nak MAS hadkan kuantiti arak

Islam mengharamkan meminum arak malah dalam ajaran Kristian jugak arak tidak digalakkan kerana minuman tersebut akan menyebabkan mabuk,masa aku sibuk-sibuk jalan kat blog orang sambil berfacebook kejap,aku ternampaklah artikel dekat page Sinar Harian so aku pun godek-godeklah.
 
Rupa-rupanya Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Alfred Tais pun mencadangkan mengehadkan kuantiti arak kepada penumpang,antara kenyataan beliau
“Pesawat MAS dinaiki oleh penumpang dari pelbagai negara dan budaya. Terdapat sesetengah penumpang sudah terbiasa dengan minuman itu. Justeru tidak adil untuk menghalang mereka minum arak.

“Jadi amat sukar untuk henti MAS hidang arak. Langkah terbaik ialah pramugari yang berada dalam pesawat tersebut perlu sensitif dan hanya menghidangkan minuman tersebut kepada penumpang yang tiada larangan untuk meminumnya," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, hidangan arak juga merupakan tindakan tidak relevan kerana boleh mendatangkan keburukan dalam pesawat.

“Sesuatu penerbangan pesawat mengambil masa yang agak lama, apabila dihidangkan dengan arak, maka akan menyebabkan mereka mabuk dan mungkin akan mengganggu penumpang lain.

“Tindakan tidak rasional ketika mereka mabuk ini yang menyebabkan ajaran Kristian menghalang mereka daripada mengambil minuman keras," katanya.
untuk baca lebih lanjut boleh baca di Sinar Harian.Jadi selepas ni menteri yang bertanggungjawab boleh la beri arahan kepada MAS sebab syarikat penerbangan ni pun duk bawah tanggungan kerajaan jugak.

No comments:

Post a Comment