Wednesday, 14 May 2014
Ahmad Said kembali masuk UMNO
Akhirnya isu pergolakan politik di negeri Terengganu selesai selepas mantan MB Terengganu Ahmad Said mengumumkan menarik semula surat keluar UMNO.Selepas hampir 3 hari krisis pergolakan politik berlaku di Terengganu akhirnya Ahmad Said membuat pusingan U kembali kepada UMNO berserta 2 adun,iaitu Adun Bukit Besi dan Adun Ajil.
Tindakan mereka menyebabkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional di negeri tersebut menjadi minoriti,namun tindakan mereka menarik semula surat perletakan jawatan dari UMNO dapat menyelamatkan kerajaan BN dari tumbang.Krisis ini sebenarnya dikhabarkan sudah lama berlaku,sejurus berakhirnya PRU ke 13 yang lalu,Ahmad Said diminta untuk menandatangani surat perjanjian untuk memegang jawatan MB hanya untuk setahun sahaja.
Tindakan BN membuat surat perjanjian tersebut berkait rapat dengan keputusan PRU ke 13 yang lalu,apabila BN pimpinan Ahmad Said hanya menang dengan 17 kerusi dun sahaja,manakala wakil Pakatan Rakyat memenangi kerusi dun sebanyak 15 dengan PAS 14 kerusi diikuti PKR 1 kerusi.Ekoran kemenangan tipis itu,Ahmad Said terpaksa menandatangi surat perjanjian tersebut.
Bagi aku tindakan mereka keluar BN dan kembali semula berkait rapat dengan keputusan Najib melantik Adun Seberang Takir menjadi Menteri Besar.Mungkin ada perjanjian antara Najib dan Ahmad Said,sehingga bekas menteri besar itu membuat pusingan U semula??? jeng jeng jeng....Kita nantikan drama ni seterusnya hahahaha ahmad said kembali sertai umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment