Saturday, 17 May 2014

Pakcik Aqim macam bapa sendiri

Sebelum ni dalam artikel yang lepas aku ada kongsi satu gambar tentang pemuda yang sanggup melayan warga emas OKU,hari ini dalam portal Sinar Harian ada menyiarkan siapa sebenar pemuda tersebut.Jika korang belum tahu cerita sebenar,boleh baca kat sini siapakah pemuda ini

Pemuda tersebut ialah Alif Fitri Radzuan yang berusia 19 tahun.Menurut penyelia restoran tersebut,kehadiran warga emas tersebut sentiasa dilayan oleh semua pekerjanya yang berkelapangan waktu dan menjadi rutin harian mereka.


“Kami dah biasa dengan kehadiran Pakcik Aqim sejak restoran ini dibuka empat tahun lalu. Dia bukan datang hari-hari, tapi kalau dia datang memang kami akan beri dia makan walaupun dia tak minta.

“Walaupun ramai pelanggan, memang salah seorang pelayan akan ambil makanan yang dicarik-carik ayamnya untuk disuapkan kepada Pakcik Aqim kerana dia tak boleh makan sendiri," Nor Azna Kadir .
 Untuk cerita lebih lanjut korang boleh baca melalui portal Sinar Harian Nor Azna: Pakcik Aqim macam bapa sendiri


No comments:

Post a Comment