Salam,sebelum ni lebih kurang dua minggu lepas aku ada terbaca info tentang coklat Cadbury tidak halal dan mengandungi unsur babi.Tapi aku hold dulu untuk kongsi info tentang ni sebab tak berapa sahih.Hari ni bila surf internet aku ada terbaca dekat portal Malaysiakini tentang produk Cadbury ni.Bila baca JAKIM sendiri mengesahkan sebahagian produk Cadbury tidak halal.
Kementerian Kesihatan mengesahkan produk tersebut mengandungi DNA babi.Dikhabarkan setakat 20 FEB,hanya 2 produk yang disahkan masih halal.Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham
Abdullah semalam berkata, sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel
(Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury
Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA babi (porcine).
DNA babi itu dikesan Kementerian Kesihatan
dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch
no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan
Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15
Januari 2015.
Untuk baca lebih lanjut korang boleh rujuk sini Setakat 20 Feb, 2 produk Cadbury masih halal diharap kita semua berhati-hati supaya tidak makan makanan tidak halal.
No comments:
Post a Comment