Wednesday, 14 May 2014

"very stupid"

Hari ni dalam 'News Feed kat Facebook' aku post yang paling hot sekali ialah tentang perkataan "very stupid" apa yang menyedihkan perkataan tu ditulis sendiri oleh orang yang Mengaku Ulama' , Ahli Majlis Syura, Ketua Penerangan Pemuda PAS sanggup menggelarkan pemimpin sendiri bodoh.Tindakan dia jelas memalukan ayah mertua dia sendiri yang merupakan presiden parti islam.



Sebenarnya sebelum ni da banyak aku dengar orang cerita tentang dia,sekarang ni orang dah print screen post dia.Sebagai orang yang beragama,dia tak sepatutnya mengeluarkan perkataan-perkataan buruk kepada rakan seperjuangan mahupun pihak lawan.Sepatutnya jika tidak berpuas hati,tegurlah secara berdepan,bukan secara membabi buta mengeluarkan kenyataan di dalam media sosial.Tindakan dia secara tidak langsung memburukan imej PAS dan Presiden sendiri.

Setakat ni aku xde baca lagi penafian dari dia tentang posting yang ditulis.Jadi memang benar ini akaun dia,dan sesuatu yang amat memalukan bagi orang yang mengaku memperjuangkan Islam tapi tidak beradab dalam berjemaah.

No comments:

Post a Comment