Thursday, 27 December 2012

Rebat RM200 hanya untuk telefon pintar harga RM500

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar  yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.

SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam lamanwebnya:
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.
  • Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM.

NONESetem biru kelihatan di sudut kanan laman web yang bertulis
Janji Ditepati, Mulai 1 Januari 2013, Bajet 2013.

Bagaimanapun, Malaysiakini mendapati lamanweb tidak boleh diakses sejak pagi ini.

Pada 28 September, di bawah Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia- Malaysiakini

Tuesday, 25 December 2012

Sindiket pelacuran salahguna facebook cari pelanggan

Sindiket pelacuran kini menyalahgunakan laman sosial Facebook bagi menawarkan khidmat haram mereka dengan menyiarkan gambar wanita yang tidak terbabit dalam kegiatan itu menggunakan teknik
pertindihan gambar, bagi menarik pelanggan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata sehingga kini pihaknya menerima lima laporan daripada mangsa terbabit.
  
Kes terbaharu membabitkan seorang pegawai pentadbiran di sebuah syarikat swasta yang terpaksa menanggung malu setelah gambar wajahnya dipaparkan dalam Facebook sebagai gadis yang menawarkan perkhidmatan seks, sejak empat bulan lalu, katanya dalam sidang akhbar semalam.

Wanita berusia 20 tahun tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, gambarnya telah digunakan dalam dua akaun  Facebook iaitu 'Jessy Serikembangan' dan 'Lisa Carino' kononnya beliau menawarkan khidmat seks dengan caj RM200 untuk sekali perkhidmatan dan RM500 untuk tempoh semalaman.
  
Tan dari Shah Alam berkata beliau mendapati wajahnya telah dipotong dan disambungkan kepada gambar badan wanita lain yang berpakaian seksi dan berbikini.
  
"Saya mendapat tahu apabila rakan saya memberitahu wajah saya disiarkan di laman itu. Saudara dan rakan saya menganggap saya terpaksa menjual tubuh saya kerana masalah kewangan. Ini amat memalukan saya," katanya.
  
Tan berkata sehingga kini wajahnya masih terpampang di laman sosial
berkenaan.
  
Beliau berkata beliau telah menyamar sebagai pelanggan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sindiket itu telah meminta beliau terlebih dahulu memasukkan RM300 ke dalam akaun sebuah bank milik individu lain.
  
Tan berkata beliau telah membuat laporan polis Ogos lepas dan kepada pengurusan Facebook yang sehingga kini belum mendapat sebarang tindak balas.
  
- Bernama


Kepada wanita-wanita diluar sana,berhati-hati dengan gambar yang anda muat naik dalam laman sosial,anda berpotensi untuk menjadi mangsa.

Saturday, 22 December 2012

Bila Mahkamah diuruskan oleh warga rimba

Didenda RM1000.00 dan dipenjara sebulan,itulah antara hukuman yang dikenakan keatas seorang mahasiswa kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas.Dalam pengahakimannnya Majistreet Zaki Asyraf berkata "tertuduh (Umar Azmi) tidak sepatutnya berada terlalu dekat dengan rakannya Fahmi Reza untuk mengambil gambar sehingga menghalang penguatkuasa DBKL menjalankan tugas".

Ok kat sini ada satu gambar bukti yang sememangnya tertuduh terlalu dekat dengan pihak berkuasa sehingga menhalang tugas dorang.KAH KAH KAH KAH............

Wednesday, 19 December 2012

Peguam Negara arah gantung kes saman AES

Setelah berbulan-bulan isu AES menjadi topik hangat di media-media,sehinggakan Mazidul pun membuat cerita tentang kebaikan kamera AES walaupun adengan yang dirakam itu hanya sebagai lakonan,tetapi dimanipulasikan dan mengatakan itu sebagai sebagai adengan sebenar samseng jalanan,sampaikan dia dimarahi oleh pengguna dalam talian kerana menipu tentang adengan tersebut.Untuk baca kes Mazidul yang dikatakan menipu tentang AES boleh baca mazidul-akmal-sidek-aes Jauh aku melalut HAHAHAHA gila.


Sunday, 16 December 2012

Ingat sebelum terkena,khas untuk PEREMPUAN

Sejak kebelakangan ni,seolah menjadi seperti satu trend apabila ada golongan yang menjadi paparazi yang tidak berbayar mengambil gambar golongan wanita yang suka berpakaian ketat,kemudian akan dimuat naik kedalam blog.Antara sasaran mereka ialah golongan wanita yang bertudung yang memakai baju ketat singkat dan sebagainya,gambar-gambar yang diambil dan diupload dalam blog mereka kebanyakannya mengaibkan.

Blog http://tudung-candid.blogspot.com/, merupakan salah satu blog yang menyebarkan gambar-gambar perempuan bertudung berpakaian ketat,.Selain tu blog http://awek-candid.blogspot.com/  juga merupakan blog yang memaparkan gambar tersebut.Mungkin sebahagian daripada anda telah menjadi model mereka,untuk memastikannya anda boleh tengok sendiri blog tersebut,manalah tahu anda telah menjadi model tidak berbayar.

Wednesday, 12 December 2012

Jangan lakukan dalam kehidupan seharian

Jangan, jangan dan jangan Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita
(yang bukan disengajakan) .

Jangan
masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.


Jangan
makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan
biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Sunday, 9 December 2012

Gambar-gambar unik







Sarang Lebah membentuk tulisan

Penternak lebah menunjukkan sarang lebah yang membentuk tulisan di dalam bahasa Arab...........Subahanallah



 

Friday, 7 December 2012

Kaedah memperlahankan kenderaan dijalan raya


Kalau kita tengok gambar di atas,seolah-olah patung Snoopy diletak di atas jalan raya.Kaedah ini memang sesuai bagi memperlahan kenderaan dikawasan pejalan kaki..Mungkin dengan cara ini pemandu atau penunggang akan lebih berhati-hati dikawasan pejalan kaki.Kaedah ini mungkin sesuai diaplikasikan dikawasan pelajar sekolah melintas,bagi memudahkan pelajar melintas jalan.

Sebenarnya gambar tu hanyalah lukisan yang dilukis di atas kawasan pejalan kaki.Dengan memanipulasikan pandangan mata,gambar tersebut akan kelihatan seperti 3D.Kalau dilihat dari sudut berbeza kita akan nampak keadaan sebenar lukisan kartun Snoopy ni.Jom kita tengok dari sudut lain pulak.

Thursday, 6 December 2012

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja  yang berprestasi
tinggi yang baru sahaja dibelinya.
Sambil ia memandu  perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus
meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

Kenapa saya bukan Komunis part 2

Artikel ini merupakan sambungan daripada bahagian pertama.Semoga kita faham dan tidak diperbodohkan oleh orang lain.Bagi yang ingin membaca bahagian pertama,boleh rujuk sini
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi saya, seorang komunis itu adalah insan yang tinggi inteleknya, luas pembacaan dan luas bidang pemikirannya. Insan komunis adalah seorang internasionalis - berjuang bukan untuk bangsa tetapi untuk seluruh kemanusiaan. Insan komunis menolak kotak-kotak kecil yang memisahkan sesama manusia. Secara tidak sengaja dia dilahirkan di Tanah Melayu, maka kancah perjuangannya di bumi Melayu ini. Jika dia dilahirkan di Berlin maka di Berlin pula dia akan berjuang.

Insan komunis tidak mempunyai sikap dan nilai perkauman. Jika dia seorang lelaki dia akan menghormati wanita bukan sebagai objek seks tetapi sebagai manusia. Insan komunis adalah seorang feminis dan tidak sexist nilai hidupnya. Komunis tidak mempunyai nilai prasangka tanpa penelitian yang rapi. Seorang komunis menghormati budaya-budaya dan cara hidup insan lain.

Wednesday, 5 December 2012

Sokong membabi buta

Harian Metro (So Hardcore)
"Kerajaan sudah banyak berbelanja demi memenangi hati rakyat.Saya harap selepas menang PRU-13,kerajaan menaikkan harga petrol dan rokok,tetapi jangan naikkan harga makanan"
Adoi kenapa ada jugak orang macam ni????Kah kah kah kah ni memang super hardcore penyokong setia Barisan Nasional.Boleh jahanam negara kalau ada 1 juta orang macam ni.Tapi kalau kita reverse ni mungkin komennya memerli tindakan kerajaan.Jadi cubalah bersangka baik.

Kalau ye pun sayang kepada pemerintahan sekarang,fahamilah realiti sekarang.Semua orang tahu kesan rantaian yang akan berlaku jika sesuatu harga barangan meningkat,maka harga barangan lain turut sama meningkat.Sebagai contoh,jika dahulu harga untuk sebuah rumah mungkin sekitar RM80,000 untuk disiapkan,sekarang sekitar RM100,000.Ini disebabkan harga kos barang binaan yang meningkat,jadi kos untuk menyiapkan rumah akan naik.

Tuesday, 4 December 2012

Kenapa saya bukan Komunis part 1

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat.

"Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Karl Marx, Pengasas Komunisme.  Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme.

Monday, 3 December 2012

Awek Gengster

Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?
Minah : Waa'laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa..
Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Pakcik & Makcik : Waa'laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..

Tindakan update 'geolocation' mampu undang jenayah

KUALA LUMPUR - Pemilik telefon pintar yang gemar mengemas kini sistem 'geolocation' mereka melalui laman sosial, berisiko mendedahkan diri mereka kepada jenayah harta benda dan jenayah korporat.
   
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata penggunaan aplikasi yang mempunyai akses kepada 'geolocation' di mana pengguna memaklumkan kedudukan serta aktiviti mereka, dikhuatiri membuka ruang kepada berlakunya jenayah seperti pecah rumah dan rompakan.
   
"Ramai antara penggemar laman sosial suka mengemas kini atau 'check in' lokasi atau kegiatan mereka menerusi aplikasi seperti 'Foursquare', facebook dan sebagainya untuk memberitahu apa yang sedang mereka lakukan dan tempat hotspot yang dikunjungi atas dasar sekadar suka-suka.
   
"Namun tindakan ini sebenarnya menjadi faktor pendorong kepada risiko dijadikan mangsa jenayah selepas penjenayah memperoleh maklumat sasaran mereka hanya melalui alam siber," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Sunday, 2 December 2012

Cuba kawtim masuk syurga

KUALA LUMPUR - Umno Negeri Sembilan mencadangkan pucuk pimpinan tertinggi memberikan kuota haji kepada ahli Umno untuk mengerjakan ibadah haji.

Perwakilannya, Datuk Jalaluddin Alias berkata, cadangan itu adalah untuk menguatkan lagi semangat keislaman yang selama ini menjadi tunjang kepada parti itu.

“Biar kita (Umno) yang mulakan dulu. Sebelum ini, parti pembangkang tahu cakap sahaja.

“Ini boleh menjadi salah satu program parti dan boleh menambahkan kekuatan kita,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden, di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Baca sini

Saturday, 1 December 2012

'Najib berkahwin dengan tunang orang'




Berkahwin kali pertama pada usia 20 tahun dan berkahwin beberapa kali dalam tempoh 10 tahun. Itulah pengakuan Najib 30, kepada Sinar Metroll ketika ditemu bual sejurus sebelum dia ditahan, jam 1 pagi semalam.

Dia sebelum itu sedia ditemu bual kerana ingin memberi penjelasan mengenai dakwaan dia berkahwin beberapa kali yang dibuat oleh isterinya, seperti dilaporkan Metroll Ahad pada 21 Oktober lalu. 
“Ya, memang saya kahwin, cerai banyak kali, tetapi tak banyak pun,adalah 4 orang setakat ni dan saya tak pernah ada tujuh isteri sekali gus. Saya berkahwin beberapa kali dalam tempoh 10 tahun.

“Daripada jumlah itu, tiga daripadanya sudah saya ceraikan dan kini dalam proses perceraian dengan ‘isteri keempat’ yang dinikahi pada Februari tahun lalu,” katanya.