Perwakilannya, Datuk Jalaluddin Alias berkata, cadangan itu adalah untuk menguatkan lagi semangat keislaman yang selama ini menjadi tunjang kepada parti itu.
“Biar kita (Umno) yang mulakan dulu. Sebelum ini, parti pembangkang tahu cakap sahaja.
“Ini boleh menjadi salah satu program parti dan boleh menambahkan kekuatan kita,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden, di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.
Baca sini
Kenapa perlu wujudkan idea-idea bodoh seperti ini?adakah bertujuan semata-mata ingin menarik undi,menarik orang ramai menjadi ahli UMNO?kalau kuota haji diberi kepada orang UMNO,bagaimana dengan orang Islam Malaysia yang tidak menjadi ahli UMNO?Adakah mereka terpaksa menunggu lebih lama lagi,kerana kuota tersebut terpaksa diberi kepada parti mereka?Jangan jadi ahli politik yang bangsat,menggunakan agama sewaktu tersepit saja.
Kuota masuk syurga tak nak mintak ke?Nasib baik masuk kedalam syurga tidak memerlukan kuota.Semua benda nak dipolitikkan,cukuplah menggunakan agama untuk kepentingan politik.Sekarang sudah jelas siapa yang menggunakan agama untuk meraih modal dalam politik.Lama-kelamaan tanah kubur juga mungkin akan digunakan sebagai modal politik mereka,jika mahu tanam jenazah perlu mendapat surat sokongan.
Rasanya parti UMNO tidak perlu mencampuri urusan Tabung Haji,kerana TH sudah menguruskan urusan pergi haji,janganlah kamu mengambil kuota yang ditetapkan oleh Arab Saudi semata-mata ingin menarik orang ramai menyokong parti kamu.Cukuplah mempolitikkan agama,janganlah menggunakan agama semasa kamu nampak keuntunganya saja,jika tidak menguntungkan,kamu mencampaknya ketepi longkang.
Cukuplah kuota yang diberikan kepada Tabung Haji,tak perlu UMNO menempel untuk untuk mencuri kuota sedia ada untuk ahli mereka.Masih ramai rakyat Malaysia menunggu untuk membuat haji kerana kuota yang diberikan oleh pihak Arab Saudi masih tidak mencukupi,jangan menjadi pencuri disiang hari.Idea yang dikemukan sangat bodoh dan hanya gimik untuk menampak diri popular.
P/S: kalau gila sangat,pergilah membuat haji balik hari,hanya perlu pergi dekat wakaf berhampiran lawan dam haji,memang pasti anda dapat title haji kah kah kah....
No comments:
Post a Comment