Saturday, 22 December 2012

Bila Mahkamah diuruskan oleh warga rimba

Didenda RM1000.00 dan dipenjara sebulan,itulah antara hukuman yang dikenakan keatas seorang mahasiswa kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas.Dalam pengahakimannnya Majistreet Zaki Asyraf berkata "tertuduh (Umar Azmi) tidak sepatutnya berada terlalu dekat dengan rakannya Fahmi Reza untuk mengambil gambar sehingga menghalang penguatkuasa DBKL menjalankan tugas".

Ok kat sini ada satu gambar bukti yang sememangnya tertuduh terlalu dekat dengan pihak berkuasa sehingga menhalang tugas dorang.KAH KAH KAH KAH............

Bila sesuatu organisasi menjadi perkakas sebuah parti yang berkuasa inilah natijahnya.Bila undang-undang hanya berlegar disekeliling orang yang berkepentingan,maka berlaku penindasan dan kezaliman.Kalau kita lihat gambar dari sudut ni,Umar Azmi hanya mengambil gambar dari jauh dan tidak kelihatan beliau menghalang tugas penjawat awam.Tetapi dalam penghakiman beliau telah dijatuhkan hukuman juga,undang-undang dinegara ini hanya milik golongan tertentu dan mahkamah sekadar menjadi penghias bagi mencantikkan luaran sahaja.

Jelas disini sistem perundangan kita masih dibelenggu krisis,tidak bebas dan masih ada tangan-tangan orang politik dalam menentukan kes.Sampai bila institusi kehakiman kita hendak dilacur???Dalam perlembagaan Malaysia sudah jelas mencatit struktur pentadbiran terdiri daripada tiga badan,iaitu Badan Kehakiman,Badan Eksekutif,dan Badan Perundangan.Tapi bila badan Eksekutif mencampuri urusan Kehakiman,maka menjadilah mahkamah yang ada dinegara ini sebagai mahkamah rimba dan undang-undang seperti dalam hutan.

Negara kita sekarang amat parah dan memerlukan perubahan yang drastik,hanya dengan menukar badan Eksekutif (pemerintahan) sahaja institusi kehakiman kita dapat dibersihkan.

GAMBAR DARI Fahmi Reza

No comments:

Post a Comment