Wednesday, 19 December 2012

Peguam Negara arah gantung kes saman AES

Setelah berbulan-bulan isu AES menjadi topik hangat di media-media,sehinggakan Mazidul pun membuat cerita tentang kebaikan kamera AES walaupun adengan yang dirakam itu hanya sebagai lakonan,tetapi dimanipulasikan dan mengatakan itu sebagai sebagai adengan sebenar samseng jalanan,sampaikan dia dimarahi oleh pengguna dalam talian kerana menipu tentang adengan tersebut.Untuk baca kes Mazidul yang dikatakan menipu tentang AES boleh baca mazidul-akmal-sidek-aes Jauh aku melalut HAHAHAHA gila.


 Akhirnya Peguam Negara terpaksa mengarahkan mahkamah menggantung kes saman AES.Terbukti selama ni kerajaan melaksanakan sesuatu perkara tanpa melakukan kajian terperinci,sepatutnya kes seperti ini sudah dapat diatasi dengan menjadikan PPSMI sebagai rujukan sebelum melakukan sesuatu dasar.Jika kerajaan mengkaji dasar AES sebelum melaksanakannya,sudah tentu tidak timbul isu aspek teknikal dan tindakan undang-undang yang boleh dipertikaikan.

Tindakan ini jelas merugikan wang pembayar cukai kerana kamera-kamera telah dibeli,tetapi terpaksa ditagguhkan pelaksanaan kerana perlukan kajian yang terperinci.Diharapkan isu-isu seperti ini tidak akan berulang lagi,dan kerajaan sepatutnya menjadikanya sebagai rujukan sebelum sesuatu dasar dilaksanakan agar duit rakyat tidak dibazirkan atas dasar yang belum pasti.Untuk baca lebih lanjut,boleh baca Malaysiakini

Gambar dari Berita Semasa

No comments:

Post a Comment