Wednesday 5 December 2012

Sokong membabi buta

Harian Metro (So Hardcore)
"Kerajaan sudah banyak berbelanja demi memenangi hati rakyat.Saya harap selepas menang PRU-13,kerajaan menaikkan harga petrol dan rokok,tetapi jangan naikkan harga makanan"
Adoi kenapa ada jugak orang macam ni????Kah kah kah kah ni memang super hardcore penyokong setia Barisan Nasional.Boleh jahanam negara kalau ada 1 juta orang macam ni.Tapi kalau kita reverse ni mungkin komennya memerli tindakan kerajaan.Jadi cubalah bersangka baik.

Kalau ye pun sayang kepada pemerintahan sekarang,fahamilah realiti sekarang.Semua orang tahu kesan rantaian yang akan berlaku jika sesuatu harga barangan meningkat,maka harga barangan lain turut sama meningkat.Sebagai contoh,jika dahulu harga untuk sebuah rumah mungkin sekitar RM80,000 untuk disiapkan,sekarang sekitar RM100,000.Ini disebabkan harga kos barang binaan yang meningkat,jadi kos untuk menyiapkan rumah akan naik.
Itulah yang dikatakan sebagai kesan rantaian.Jadi untuk kes di atas,PAKCHEMAT mungkin tidak memahami kesan rantaian yang akan berlaku bila harga petrol dinaikkan.Adalah tidak logik untuk mengharapkan kerajaan menaikkan harga petrol,kerana tindakan seperti ini akan mempengaruhi kehidupan sosio masyarakat.Apabila harga petrol dinaikkan,mungkin khidmat pengangkutan awam terpaksa menaikkan kos tambang,harga makanan juga terpaksa dinaikkan kerana terpaksa menanggung kos pengangkutan.Manakala kos barangan mentah seperti ikan,sayur,daging dan lain juga akan meningkat.


Sebenarnya masih banyak lagi kesan rantaian akan berlaku bila harga petrol dinaikkan,kerana kebanyakan industri hari ini menggunakan petrol,dan boleh dikatakan petrol merupakan salah satu sumber asas untuk kehidupan hari ini.Adalah menjadi satu tindakan bodoh jika harga petrol dinaikkan kerana kos hidup akan melambung tinggi.

1 comment:

  1. Betul tu, jangan sokong membuta-tuli sama ada pihak A atau B atau C... Membangkang tidak semestinya tidak bersetuju, setuju tidak semestinya tanpa bangkangan... mana boleh main angguk je hanya disebabkan sebulu...

    ReplyDelete