Pihak Kementerian Pengangkutan bakal mewartakan peraturan baru mengenai kadar ketelusan cahaya untuk cermin kereta berkuatkuasa mulai bulan ini.Kadar ketelusan cahaya telah dikurangkan sebanyak 25% untuk cermin penumpang dan cermin belakang yang sebelum ini hanya 50% kadar ketelusan yang dibenarkan.
Manakala untuk cermin pemandu dan cermin hadapan pula masih kekal seperti asal iaitu 50% dan 70%.Ini bermakna kadar untuk tinted gelap bertambah kepada 75% untuk cermin penumpang dan belakang.Untuk cerita lebih lanjut boleh baca disini Kadartelus cahaya cermin sisi belakang kenderaan dikurangkan kepada 25%
Friday, 6 June 2014
Tuesday, 3 June 2014
Disebabkan FELDA Cadbury jadi halal???
Kenapa status haram telah ditarik balik,sebab syarikat tu milik FELDA,milik Bousted?.JAKIM buat gila dah,pegawai JAKIM sanggup makan Cadbury bila-bila masa untuk membuktikan Cadbury halal,sampai macam tu sekali terdesak JAKIM,pegawai jakim sedia makan coklat cadbury untuk buktikan halal.Halal haram ni seolah-olah perkara mainan,bila-bila masa boleh buat U-Turn.Sudah-sudahlah bodohkan masyarakat terutamanya orang Islam,kenapa terdesak sangat,kenapa keputusan ujian awal tahun dulu disembunyikan?Bila sudah bocor dilaman sosial baru nak bertindak,jangan disebabkan syarikat berkaitan kroni halam haram ditolak ketepi.
Thursday, 29 May 2014
MH370 tidak berakhir dilautan Hindi
Adoi,hari ni dalam surat khabar online Berita Harian ada tulis pasal MH370,apa yang menarik perhatian aku,berita tu tulis pesawat MH370 tidak berakhir di lautan Hindi pulak.Nampaknya isu MH370 akan naik semula selepas disenyapkan dengan isu dna babi dalam Cadburry.Aku rasa rakyat Malaysia ni diperbodoh dengan kerajaan je,mungkin ada maklumat yang kerajaan tahu tapi disembunyikan dari pengetahuan awam.
Kasihan dengan ahli keluarga peswat MH370,kehilangan pesawat tersebut benar-benar merobek perasaan ahli keluarga,sekarang ni kerajaan buat pengakuan pulak pesawat tersebut tidak berakir di lautan Hindi.Sudah la duit baratus-ratus juta habis diguna untuk mencari pesawat tersebut di lautan Hindi,sekarang ni umum pesawat tu tidak hilang disana.Untuk berita tentang MH370 boleh baca lanjut dekat laman Berita Harian Kawasan pencarian bukan lokasi MH370 berakhir-JACC.
Apa-apa pun kita doakan supaya pesawat tersebut dapat ditemui,dan tidak lupa kepada ahli keluarga mangsa supaya terus berdoa dan bersabar.

Wednesday, 28 May 2014
(Kesihatan) Minum air ketika perut kosong
Salam,kali ni aku cuma nak kongsi tentang kebaikan minum air ketika perut kosong.Artikel ni pun aku dapat dari laman lain.Sebenar banyak kelebihan minum air masak ketika perut kosong (masa bangun dari tido),antaranya dapat mengelakan sakit jantung,sakit kepala,sakit badan,asma dan sebagainya.Rawatan dengan hanya minum air masak telah dibuktikan oleh pasukan perubatan Jepun.Aku pun malas nak tulis panjang-panjang.Aku cuma nak kongsi cara nak mengamalkan amalan ni.Kredit untuk trueactivist
Cara-cara
- Ketika anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minumlah 4 gelas air (160ml 1 gelas)
- Berus dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa selama 45 minit
- Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
- Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam .
Tuesday, 27 May 2014
Pomen jujur di USJ 1
FOTO
rakaman skrin bertajuk 'pomen jujur. Semoga Murah Rezeki' ternyata
menarik perhatian pengguna Facebook apabila ia dikongsi sebanyak 2,157
kali dan digemari oleh 6,870 pengguna (hingga 8 malam tadi) -.Harian Metro
Aku juga nak tolong promosi bengkel kereta ni,supaya lebih ramai pelanggan datang ke bengkel mereka.Diharapkan dengan penyebaran gambar ni,semoga lebih ramai pemilik bengkel kenderaan bersikap jujur dalam perniagaan.Kepada warga USJ 1 atau yang tinggal berdekatan korang boleh la hantar kereta kat sini.Melalui komen-komen dekat facebook,ramai yang memuji kepakaran bengkel ini.
Aku doakan semoga abg Muin berjaya dalam perniagaan

Monday, 26 May 2014
Telco CELCOM menipu dengan khidmat "NotifyMe"
RM1. Ur NotifyMe subscription has been successfully renewed. Thank you!
Itu antara mesej yang aku dapat dari CELCOM,kira-kira 2-3 hari lepas.Sebelum ini,aku tak pernah melanggan mana-mana perkhidmatan dari CELCOM,macam mana tiba-tiba mesej ni sampai,apa yang menyakitkan hati,pihak CELCOM memotong kredit tanpa kebenaran dari tuan punya nombor.Sedang aku tak pernah langgan pun khidmat haram jadah ni.
Melalui carian google dan maklumbalas dari rakan-rakan "facebook" aku,nampaknya sudah ramai yang terkena macam ni.Bagi yang sudah terkena dan ingin menghentikan khidmat ni korang boleh taip STOP dan hantar ke 22022.Bagi aku ni merupakan satu taktik penipuan untuk mengaut keuntungan tanpa sedar dari pengguna.Aku berharap sangat-sangat pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ni dan mengambil tindakan sewajarnya.Memang celaka tindakan mereka,jika pengguna tidak sedar mungkin tiap-tiap bulan kredit mereka akan dipotong tanpa disedari.
Perkhidmatan telco CELCOM dah la teruk phuihhh,sesiapa yang terkena macam ni,diharap dapat memberi maklumbalas,dan apa tindakan korang.Aku harap korang dapat kongsi.

(video) Disebalik kejayaan Jepun menjuarai Piala Thomas
Kejayaan Jepun menewaskan Malaysia dalam piala Thomas merupakan satu sejarah buat negara matahari terbit,kerana ini merupakan kali pertama Jepun memenangi kejuaraan piala Thomas.Dan tahniah juga untuk pasukan Malaysia kerana berjaya ke perlawanan akhir,namun sedikit kekecewaan kerana impian untuk menjulang piala Thomas sekali lagi tertunda.
Sebenarnya aku nak kongsi satu video dari youtube mengenai rakyat Malaysia yang menjadi jurulatih badminton untuk pasukan Jepun.Rupanya rakyat Malaysia juga turut menyumbang dalam kejayaan Jepun menjuarai piala Thomas.hehehe apa-apa pun tahniah untuk pasukan Jepun.

Unsur Babi dalam kehidupan seharian kita
Antara benda yg ada unsur dari haiwan BABI
1. Uji kaji senjata kimia. Tisu manusia dan tisu babi hampir sama, maka ia sering digunakan untuk ujikaji senjata kimia.
2. Ais Krim. Digunakan untuk menghasilkan gelatin bagi mengawal proses penghabluran gula dan melambatkan proses pencairan ais krim. Ais krim ada gelatin??
3. Baja. Dihasilkan dari bulu babi yang diproses.
4. Mentega rendah lemak. Gelatin di bahagian ini digunakan sebagai tekstur.
5. Bir. Gelatin di bahagian ini digunakan sebagai agen penjernih. Bertindak balas dengan bahan pahit dan tanin untuk menyerap warna air keladak dan menghasilkan air yang jernih.
6. Pelembut Pakaian. Asid lemak dari lemak tulang di kawasan ini menghasilkan warna.
7. Berus cat. Dihasilkan dari bulu babi.
8. Jus Buah-Buahan. Gelatin digunakan untuk menyerap keladak bagi menjernihkan air.
9. Syampu. Asid lemak digunakan untuk menghasilkan warna syampu yang berkilat seperti mutiara.
10. Lilin. Digunakan untuk mengeraskan lilin dan mempercepatkannya menjadi cair.

Sari
Gambar diatas sekadar hiasan.tiada kaitan dengan cerita |
SARI mengadu kepada ibunya tentang hal buruk yg menimpanya. . . . .
SARI : (ketakutan) Maakkk, mana bapak?
IBU : Bapak keluar...ngko dah kenape?!
SARI : (dgn nada pelan) minta maaf Mak...kemungkinan Sari hamil.
IBU : (terkejut) Apa?
SARI : (gementar) Ya, hamil.
IBU : Aaahh...tak mgkin, ko cuma sakit je tu... ko pi rehat je situ...
SARI : Tapi sejak kebelakangan ini...Sari selalu muntah2, Mak.
IBU : (rasa geram) Aaahh...paling2 pun masuk angin je ko itu.. pi beli minyak angin... sembuh jugak ko tu nanti.
SARI : (tersedu-sedu) hikss...hikss...tapi kenapa skrg Sari suka makan yg masam2, Mak . . . ?
IBU : (dgn kesal sambil menjerit) Cukup2 la kau berangan SARIPUDDIN. Mak lempang jugak ko nanti. Pondan mana boleh beranak!!!!!

Sahih Coklat Cadbury mengandungi DNA Babi
Salam,sebelum ni lebih kurang dua minggu lepas aku ada terbaca info tentang coklat Cadbury tidak halal dan mengandungi unsur babi.Tapi aku hold dulu untuk kongsi info tentang ni sebab tak berapa sahih.Hari ni bila surf internet aku ada terbaca dekat portal Malaysiakini tentang produk Cadbury ni.Bila baca JAKIM sendiri mengesahkan sebahagian produk Cadbury tidak halal.
Kementerian Kesihatan mengesahkan produk tersebut mengandungi DNA babi.Dikhabarkan setakat 20 FEB,hanya 2 produk yang disahkan masih halal.Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam berkata, sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA babi (porcine).
DNA babi itu dikesan Kementerian Kesihatan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015.
Untuk baca lebih lanjut korang boleh rujuk sini Setakat 20 Feb, 2 produk Cadbury masih halal diharap kita semua berhati-hati supaya tidak makan makanan tidak halal.

Saturday, 17 May 2014
(Santai) Cara memujuk pasangan
Dalam kehidupan seharian,terutama golongan lelaki,korang mesti tidak pernah terlepas dari kesalahan ini,bagi kaum lelaki perkara ini mungkin kecil bagi anda.Tetapi percayalah,perkara ini amat penting bagi kaum wanita.Bagi wanita sesuatu tarikh penting amat bermakna bagi mereka seperti ulang tahun perkahwinan,tarikh kelahiran mereka.
Mereka amat menitik beratkan tarikh-tarikh itu kerana bagi mereka,pasangan yang mengingati tarikh-tarikh penting,merupakan pasangan yang sangat mengambil berat tentang diri mereka.Jadi golongan lelaki perlulah mengingati tarikh seperti ulang tahun perkahwinan dan tarikh lahir pasangan mereka.Jika anda tidak mampu mengingati tarikh,sekurang-kurangnya simpanlah tarikh-tarikh ini dalam telefon sebagai peringatan :)
Panjang betul mukadimah aku kali hahaha,sebenarnya aku nak kongsi cara memujuk pasangan anda,jika anda lupa mengingati hari kelahiran mereka.
Aku yakin lepas ni pasangan korang tak akan bertanya lagi kah kah kah kah
Semoga berjaya dengan taktik ini muahahahahaha

Pakcik Aqim macam bapa sendiri
Sebelum ni dalam artikel yang lepas aku ada kongsi satu gambar tentang pemuda yang sanggup melayan warga emas OKU,hari ini dalam portal Sinar Harian ada menyiarkan siapa sebenar pemuda tersebut.Jika korang belum tahu cerita sebenar,boleh baca kat sini siapakah pemuda ini
Pemuda tersebut ialah Alif Fitri Radzuan yang berusia 19 tahun.Menurut penyelia restoran tersebut,kehadiran warga emas tersebut sentiasa dilayan oleh semua pekerjanya yang berkelapangan waktu dan menjadi rutin harian mereka.

Thursday, 15 May 2014
Untung kalau jadi rakyat UAE
Gambar di atas aku ambil dari FB kawan aku,Kamal Hisham.Menurut beliau jika anda rakyat UAE dan anda merupakan pasangan yang baru berkahwin yang layak,kerajaan UAE memberi bantuan rumah percuma.Sangat beruntung menjadi rakyat UAE,kerana kerajaan mereka bermurah hati.
RUMAH PERCUMA UNTUK RAKYAT (di UAE yang layak) ini bernilai lebih kurang 3 Juta. Jadi pasangan layak yang baru berkahwin tidak perlu memikirkan masalah kediaman serta boleh berdikari...
Anggaran 3 juta itu ialah,dari anggaran Kamal Hisham Jaafar,namun bagi aku,tidak kisah berapa harga kos rumah.Apa yang penting golongan yang baru berumah tangga dibantu,dan tidak berasa terbeban dengan kehidupan baru mereka.
Nota kaki:Kamal Hisham Jaafar sekarang menetap di UAE.
Wednesday, 14 May 2014
(video) Kejadian Tembak-Menembak di MRR2
Rupanya ingat dekat luar negara je ada jenayah ala GTA,dekat Malaysia pun tak terlepas dari masalah jenayah,apa-apa pun tahniah kepada PDRM kerana berjaya menumpaskan jenayah.Dan tidak lupa pula kredit untuk Oh Media untuk video ini.
Menurut laporan, kejadian ini berlaku pada malam 13 May 2014 lalu lebih kurang jam 2 pagi. Mereka bermula dari Mahameru hingga ke Pandan Indah sebelum melakukan uturn dan berakhir di flyover Klang Gates. Mereka memecut laju-selajunya dan dikhabarkan sehingga 15 biji kereta polis dikejarkan untuk mendapatkan pesalah.
"very stupid"
Hari ni dalam 'News Feed kat Facebook' aku post yang paling hot sekali ialah tentang perkataan "very stupid" apa yang menyedihkan perkataan tu ditulis sendiri oleh orang yang Mengaku Ulama' , Ahli Majlis Syura, Ketua Penerangan Pemuda PAS sanggup menggelarkan pemimpin sendiri bodoh.Tindakan dia jelas memalukan ayah mertua dia sendiri yang merupakan presiden parti islam.
Siapakah pemuda ini???
Setiap hari nilai kemanusian semakin hilang,kadang-kadang tekanan kos hidup,arus pemodenan dan kurang didikan tentang nilai moral merupakan faktor yang menyebabkan sesetengah manusia kurang nilai kemanusian,masa tengah belek-belek Facebook tadi,aku jumpa satu post yang amat menyentuh hati.
Aku cuma nak share gambar ni saja,semoga orang yang membantu pak cik ni diberkati hidup oleh Allah S.W.T aku dalam kehidupan seharian pun masih kurang membantu orang lain,jika aku ditempat budak ni sekalipun,belum tentu aku akan bertindak seperti dia.

Ahmad Said kembali masuk UMNO
Akhirnya isu pergolakan politik di negeri Terengganu selesai selepas mantan MB Terengganu Ahmad Said mengumumkan menarik semula surat keluar UMNO.Selepas hampir 3 hari krisis pergolakan politik berlaku di Terengganu akhirnya Ahmad Said membuat pusingan U kembali kepada UMNO berserta 2 adun,iaitu Adun Bukit Besi dan Adun Ajil.
Tindakan mereka menyebabkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional di negeri tersebut menjadi minoriti,namun tindakan mereka menarik semula surat perletakan jawatan dari UMNO dapat menyelamatkan kerajaan BN dari tumbang.Krisis ini sebenarnya dikhabarkan sudah lama berlaku,sejurus berakhirnya PRU ke 13 yang lalu,Ahmad Said diminta untuk menandatangani surat perjanjian untuk memegang jawatan MB hanya untuk setahun sahaja.
Menarik: Cara buat perangkap nyamuk
Jika sebelum ni aku ada kongsi tentang artikel tentang haiwan yang banyak membunuh manusia ialah nyamuk.Jadi aku ada satu perkongsian yang menarik untuk korang semua cuba.Aku cuma nak kongsi cara-cara nak buat perangkap nyamuk.Untuk buat perangkap nyamuk ni x mahal pun.Sebenarnya cara ni aku tak pernah cuba pun,sebab xde masa nak buat sibuk dengan kerja hahaha.
So kepada kawan yang nak cuba buat perangkap nyamuk ni,harap-harap korang boleh kongsi hasilnya nanti hehe..Cara ni sekaligus dapat menjimatkan wang belanja korang,xdelah asyik nak beli Ridsect ke atau sebagainya.

TPPA : Apa yang berubah lepas 5 tahun?
Artikel sebelum ni aku ada cerita sedikit mengenai TPPA...ok hari ni aku cuma nak kongsi artikel mengenai TTPA yang aku cerita sebelum ni,semoga dengan perkongsian dari artikel ini dapat membantu menjelaskan serba sedikit mengenai TTPA...
ULASAN Pada
tahun 2008, kerajaan Malaysia telah menghentikan perundingan perjanjian FTA
Amerika-Malaysia yang sudah berlangsung selama dua tahun, dengan 58 "isu
tidak selesai".
Antara penentang utama FTA ialah menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam isu kesejahteraan hidup petani tempatan.
Malah, beliau dilaporkan pernah mengatakan ‘langkah mayat saya dahulu.'
Khairy Jamaludin, yang ketika itu turun protes, berpendapat bahawa FTA akan mengancam kedaulatan Malaysia dengan perlindungan paten, lantas menghalang akses kepada industri perubatan generik.
Jadi mengapakah kerajaan beriya-iya kini untuk menyertai TPPA? Apakah yang telah berubah selepas lima tahun? Yang pasti, kandungan ala FTA yang bakal mengisi TPPA masih kekal sama.
Kenapa Trans-Pasifik?
Kita boleh membuat andaian bahawa TPPA dikenali sebagai Trans-Pasifik kerana faktor lokasi geografi kedudukan negara-negara yang terlibat dalam rundingan.
TPPA unik kerana ia adalah perjanjian terbuka. Semua negara yang berminat boleh menyertainya selagi mana mereka bersetuju dengan apa yang telah dirundingkan pada waktu kemasukan itu, dan negara-negara lain bersetuju dengan penyertaan negara tersebut.
Negara-negara yang menyertai TPPA, kebanyakkannya sudah mempunyai perjanjian FTA dengan Amerika kecuali Jepun, New Zealand, Malaysia dan Brunei.
Jepun dan New Zealand merupakan negara maju yang mempunyai antara jaringan hubungan perdagangan yang terbesar di dunia, manakala Brunei ialah sebuah negara yang sangat kaya sumber, walaupun perdagangan yang kecil.
Hal ini menjadikan Malaysia, sebagai sebuah negara yang paling terancam dengan status sebagai negara membangun dan pihak baru dalam perjanjian TPPA dengan Amerika ini.

Thursday, 8 May 2014
Haiwan yang paling banyak membunuh manusia!
Fakta menarik.
Selalu kita bayang haiwan seperti harimau, ular dan seangkatan dengannya yang banyak membunuh manusia. Tapi tekaan kita salah........
Manusia lebih ramai dibunuh oleh nyamuk berbanding binatang buas yang lain.
725,000 per year ! such a huge number.
so, jangan lupa periksa longkang-longkang kat rumah tu, periksa pasu-pasu atau bekas-bekas kat luar rumah tu yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Jangan lupa yer !
Saturday, 26 April 2014
Obama ke Malaysia untuk TPPA??
Cuba kita soroti bila kali terakhir Presiden US datang ke Malaysia,hampir setengah abad yang lalu tahun 1966 Presiden Lyndon B Johnson dan ketika itu Obama baru berumur lima tahun ketika kali terakhir Presiden AS, Lyndon B. Johnson melawat Malaysia pada 1966 untuk mendapatkan sokongan dalam Perang AS di Vietnam.
Jika diikut logik akal mungkin ada agenda yang lebih besar yang diperlukan US,mana mungkin seorang presiden negara kuasa sanggup melakukan lawatan ke negara kecil seperti Malaysia semata-mata untuk mengeratkan hubungan perdangangan.Apa yang paling dibimbangi oleh rakyat Malaysia ialah kerajaan Malaysia bersetuju untuk menandatangi perjanjian TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement).Sebenarnya perjanjian ini sangat besar kesannya kepada industri-industri yang dimonopoli oleh rakyat Malaysia,kerana syarikat-syarikat tidak dapat bertahan menghadapi persaingan yang tidak bersimpati daripada negara maju,apatah lagi nasib industri kecil sederhana (SME).
Friday, 25 April 2014
Penganut Kristian pun nak MAS hadkan kuantiti arak
Islam mengharamkan meminum arak malah dalam ajaran Kristian jugak arak tidak digalakkan kerana minuman tersebut akan menyebabkan mabuk,masa aku sibuk-sibuk jalan kat blog orang sambil berfacebook kejap,aku ternampaklah artikel dekat page Sinar Harian so aku pun godek-godeklah.
Rupa-rupanya Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Alfred Tais pun mencadangkan mengehadkan kuantiti arak kepada penumpang,antara kenyataan beliau

“Pesawat MAS dinaiki oleh penumpang dari pelbagai negara dan budaya. Terdapat sesetengah penumpang sudah terbiasa dengan minuman itu. Justeru tidak adil untuk menghalang mereka minum arak.
“Jadi amat sukar untuk henti MAS hidang arak. Langkah terbaik ialah pramugari yang berada dalam pesawat tersebut perlu sensitif dan hanya menghidangkan minuman tersebut kepada penumpang yang tiada larangan untuk meminumnya," katanya kepada Sinar Harian.
Aurat itu cermin seorang Islam
Cerita ni aku nak berkongsi dah lama cuma masalah malas nak menulis je hahaha teruk betul aku ni.
Baru-baru ni,masa dekat tempat kerja,aku ada bersembang dengan seorang bukan Islam,untuk pengetahuan dia bukan orang Malaysia,dia cuma datang untuk set up plant baru dekat tempat aku kerja dan dia tidak tahu apa-apa mengenai Islam.Jadi semasa sembang-sembang,kawan aku secara bergurau menunjuk gambar seorang artis Malaysia,nak jadikan cerita kawan aku cakaplah artis tu isteri dia.hahaha

Hudud boleh dilaksanakan di Malaysia
Rasanya hampir setahun lebih blog aku tak update,dalam hati sebenarnya nak menulis cuma kekangan masa,kadang-kadang terlupa bila nak menulis..
hahaha tiba-tiba hari ni rasa nak menulis semula.Aku cuma nak kongsi cerita tentang hudud yang sekarang banyak dibincangkan dalam media.
Rasanya sebulan dua ni,isu hudud hangat diperkatakan,terutamanya selepas kerajaan Brunei mula melaksanakan hudud, boleh rujuk disini Brunei laksana hudud,kemudian diikuti dengan kerajaan Kelantan yang cuba untuk melaksanakan hukum hudud.Walaupun selepas hampir 23 tahun Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993,tetapi menurut kerajaan negeri Kelantan disebabkan halangan daripada kerajaan pusat pada waktu itu,maka hukum hudud tidak dapat dilaksanakan.

Subscribe to:
Posts (Atom)