Wednesday, 28 November 2012

Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya

ni printscreen dari video tu
Aku sebenarnya malas nak ulas pasal birthday sultan ni,sebab dah ramai ulas,ada yang mengutuk,marah-marah,siap ada yang pertahankan lagi.Kalau individu yang mempertahankan tindakan sultan tu aku no komen,sebab tak tahu atas kapasiti apa dia mempertahankan tindakan sultan tu.

Sejak semalam dekat FB kecoh video majlis ulang tahun kelahiran Sultan Pahang dan anaknya.Bukan setakat FB,malah dalam Twitter #1881 menjadi trending.Salah satu punca isu ni meletup kerana didalam video yang dirakam itu ada dihidangkan air kencing setan kalau dilihat pada botolnya semasa dituang oleh pelayan la,tapi bagi bersangka baik mungkin itu air soda,dalam video tu jugak ada diselitkan majlis tari-menari yang bercampuran antara jantina.

Bagi rakyat biasa,kehidupan di dalam istana tidak ramai yang tahu,jadi bila ada orang up kan isu-isu seperti ni,pasti ramai yang terkejut.Setahu aku sultan ni di anggap sebagai ketua agama,disebabkan Sultan ketua agama, orang Islam terutamanya orang Melayu Islam terkilan bila melihat video macam tu.Tindakan sultan menyebabkan maruah agama Islam telah tercemar,kerana sultan ialah ketua agama,gelaran ketua agama tidak sepatutnya digunakan jika hukum-hakam pun dilanggar,cukuplah sekadar menjadi ketua adat istiadat Melayu.

Sekiranya tindakan Sultan dan Raja sendiri sudah lari dari landasan Islam yang menjadi asas terpenting sesebuah Institusi Diraja,lebih elok gelaran ketua agama tidak digunakan,seeloknya diserahkan kepada yang ahlinya,seperti mufti agar maruah Islam terus terpelihara.Bangsa Melayu takkan kelihatan hebat dengan sultan dan pemimpinnya menjadi kaya raya dengan merembat wang rakyat.

Melayu juga takkan hebat dengan sultan dan pemimpinnya bermewah mewah dengan hasil titik peluh rakyat, Melayu akan hebat hanya apabila keadilan ditegakkan serta berada dalam landasan Islam.Bagi aku tindakan raja yang bermewah melampau dan berjoli,boleh menyebabkan institusi ni dipandang serong malah mungkin boleh mengugatkan institusi raja,kerana rakyat akan muak dengan sikap raja yang tidak prihatin dengan status baginda sebagai ketua agama.

Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi,gaya hidup sultan yang mewah,sedangkan sebilangan rakyat masih berjuang untuk mendapatkan sesuap nasi bagi meneruskan hidup.Mungkin tindakan sultan boleh menyebabkan rakyat mempertikai institusi kesultanan.Semoga sultan-sultan di Malaysia dapat mencontohi,tindakan Sultan Kelantan menyantuni rakyat bawahan.tindakan seperti ini tidak akan menjatuhkan martabat,malah rakyat semakin menyanyangi.Seperti pepatah 'Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya'

No comments:

Post a Comment