Thursday, 22 November 2012

Janda Selangor mahu saman

Sangat memalukan masih ramai rakyat Malaysia yang kurang mengetahui tentang undang-undang, termasuklah diriku ini.Kadang-kadang kita asyik diperbodohkan oleh politikus yang bangsat semata-mata ingin mendapatkan kuasa untuk kepentingan diri sendiri.
Kalau kita tengok media perdana hari ni, isu mengenai ibu tunggal @ janda di Selangor sibuk hendak menyaman kerajaan negeri Selangor kerana tidak menunaikan janji manifesto PRU ke-12 yang lalu hangat dimainkan di televisyen,apa yang menimbulkan persoalan,isu ni tidak dapat dibicara di mahkamah kerana isu manifesto ni sesuatu yang berbentuk umum, (hasrat) tidak boleh saman kecuali ada surat guaman dan sebagainya,dan satu lagi jika para janda tersebut dapat buktikan bahawa mereka itu mengundi PR?.Baru locus standi tu wujud,maknanya mereka boleh saman bahawa setelah mereka beri undi maka mereka mahu manefeisto itu ditunaikan.Melalui bukti tu baru ada sebarang pleadins.

Bagi aku isu-isu seperti ini hanyalah propaganda murahan politik,jika betul isu manifesto boleh dibicara di mahkamah,maka kita sebagai rakyat Malaysia ada locus standi untuk menyaman BN kerana tidak menepati manifesto-manifesto yang dijanjikan sebelum ini.Mungkin tindakan janda-janda ni atas kepercayaan yang janji ditabur oleh PR dapat ditunaikan,tapi kerana itu manifesto parti politik ia bukanlah kayu ukur sebenar apa yang dikehendaki rakyat. Ia adalah cadangan 'sekiranya' berjaya memegang tampuk pemerintahan.
Rakyat dalam hal ini perlu sangat berhati-hati dalam menyokong mana-mana manifesto untuk mengelakkan mereka memberi undi kerana 'membayangkan' mereka akan dapat apa yang dicadangkan (baca: dijanjikan) oleh parti-parti.

Memandangkan negara ini mengamalkan demokrasi, bukankah yang betulnya, manifesto (local/national) perlu dikeluarkan oleh rakyat itu sendiri (yang dipandu ilmuan yang berautoriti dengan ilmu yang betul) dan parti-parti politik ini akan cuba mengikut manifesto(local/national) itu?

Dengan itu, mana-mana parti yang hendak bertanding, bolehlah memberi sejuta macam cadangan (baca: janji) tapi kalau tak memenuhi manifesto rakyat (local/national), bolehlah diadakan kembali perbincangan samada wakil parti itu mampu atau tidak untuk meneruskan agenda manifesto rakyat.Sepatutnya ahli politik tidak mungkir dengan janji yang dibuat dalam manifesto,kerana janji itu merupakan harapan rakyat terhadap anda.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
yang ni aku copy dari FB Mohd Sayuti Omar


Hari ini 2,020 ibu tunggal atau janda di Selangor saman kerajaan menuntut sebanyak RM10.9 juta kerana kononnya kegagalan kerajaan negeri membayar kepada mereka seperti mana menurut manifesto. Saya tidak pasti apakah para janda ada lokas standi ataupun tidak, dan apakah manifesto Pakatan itu merupakan satu peladings yang membolehkan janda mengambil tindakan.

Setahu saya yang tidak berapa mendalami undang2 ini janda itu tak ada lokas standi pun untuk berbuat demikian kerana manifesto merupakan dokumen umum parti politik. Kalau ikut pandangan pengamal undang2 politik yang menasihati janda di Selangor itu kita atau semua rakyat negara ini boleh menyaman kerajaan kerana banyak perkara disebut dan dijamin dalam perlembagaan tapi tidak ditunai oleh kerajaan.
Maka jelaslah tindakan para janda itu hanya satu tindakan politik merupakan pyswar pihak pembangkang di Selangor kepada kerajaan. Kalaulah tindakan itu dibaca oleh dunia luar betapa malunya kita kerana begitu rendah sekali tahap pengetahuan undang2 dan juga cara kita memanipulasikan sesuatu isu, sampai janda pun dipergunakan. Wassalam Mso. klik sini untuk pencerahan
 Check it out! #LGTV, #LGSmartTV
locus standi=keupayaan untuk bertindak dalam konteks undang-undang

No comments:

Post a Comment