Friday 23 November 2012

Harga kamera perangkap halaju 10 kali ganda lebih mahal


Semakin hari,semakin banyak tembelang busuk kerajaan yang didedahkan.Hari-hari penyelewengan didedahkan,kerajaan sekarang terlalu teruk dalam menguruskan amanah dan tidak telus,terbaru dilaporkan harga kamera perangkap halaju yang dibeli oleh kerajaan 10 kali ganda lebih mahal.

Kalau merujuk jawapan bertulis KDN kepada Ahli Parlimen Jerai Firdaus Jaafar,yang dikatakan oleh Mahfuz Omar dilaporkan KDN membekalkan kamera perangkap halaju sebanyak 85 unit bagi model Laser Digicam dengan harga RM173,925 seunit.Manakala Laser Trucam sebanyak 39 unit dengan harga RM223,500 seunit.Kita sebagai rakyat Malaysia tak nak kerajaan menyalahgunakan dana awam bagi tujuan mengaut keuntungan diri sendiri.

Apa yang menjadi pertikaian,menurut Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, ACP Mohd Fuad Abd Latiff dilapor menyatakan harga kamera had laju model LTI 20-20 TruCam hanya kira-kira USD 6,000 (RM17,000) seunit.Kalau dilihat harga yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman jauh amat berbeza dengan harga yang dinyatakan dalam jawapan bertulis KDN.Mana intergriti pemimpin Malaysia?

KUALA LUMPUR 22 November: Audit terbuka perlu dilakukan terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pembelian kamera perangkap laju yang meningkat sepuluh kali ganda dari harga asal, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau merujuk jawapan bertulis KDN kepada Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibekalkan kamera perangkap laju sejak 1995 dengan jumlah terkini 124 unit.

Ia meliputi model Laser Digicam berjumlah 85 dengan harga RM173,925 seunit, manakala bagi model Laser Trucam berjumlah 39 unit dengan harga RM223,500 seunit.

“Kontrak-kontrak kerajaan ini sangat diragui.

Siasatan perlu dibuat, lebih-lebih lagi sekiranya diberi secara runding terus (awarded tender). Kita tak mahu ada salahguna dari peruntukan KDN,” tegasnya kepada Keadilan Daily.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, ACP Mohd Fuad Abd Latiff dilapor menyatakan harga kamera had laju model LTI 20-20 TruCam hanya kira-kira USD 6,000 (RM17,000) seunit.

“Ada sesuatu yang tak kena. Kalau diaudit Jabatan Audit Negara, pasti ada (penemuan salahguna), sebab Jabatan Audit sebelum ini pernah menemui pembelian barang oleh agensi kerajaan yang harganya meningkat berpuluh kali ganda,” jelas Mahfuz.

Untuk membaca berita penuh boleh rujuk disini Check it out! #NESCAFEonthelife

No comments:

Post a Comment