Saturday, 24 November 2012

Kecelaruan Masyarakat Malaysia

Dekat Facebook orang duk bising K-Pop Twitter pun sama,aku tak faham apa yang nak dibanggakan sangat dengan budaya dari Korea ni???Orang yang minat K-Pop ni pun satu,bila orang kutuk K-Pop,boleh pulak disuruh mintak maaf bagai,sampai bertikam lidah semata-mata nak pertahankan budaya Korea tu.

 Korang nak suruh dia mintak maaf buat apa,lantak dia la nak kutuk.Kalau tak minat,kita tak boleh nak paksa supaya orang ikut minat sama.Aku tak pernah pun ikut perkembangan industri seni Korea sebab aku tak berapa minat.Bagi aku orang yang minat K-Pop ni sama macam lalang,jangan marah aku tulis macam ni,orang yang mengikuti perkembangan industri seni Korea kerana ikut-ikutan dan takut dilabel sebagai ketinggalan zaman. 

Kita sekarang ni mempunyai masyarakat yang kecelaruan identiti dan sering mengikuti apa yang disuap dari luar tanpa memikir kesan sama ada baik atau buruk,sedangkan apa yang sedia ada mungkin lebih baik.Ini semua kesan daripada penyakit consumerism,kita membeli barang yang kita tak suka,semata-mata untuk kelihatan sama dengan komuniti disekeliling,sedangkan kita tidak memerlukannya.

Contoh yang sama macam orang yang tidak mahu ketinggalan berlumba-lumba untuk memiliki gajet terbaru,semata-mata ingin dilabel sebagai mengikuti perkembangan zaman.Bagi mereka jika mengikut trend semasa itu akan dikira sebagai up to date.Itu semua hanyalah satu tindakan yang bodoh sama macam orang terjun lombong,kita pun turut serta terjun lombong.

No comments:

Post a Comment