Dari Facebook Malaysian Gags
Benda yang dah 2 3 kali jadi kat Malaysia.
Amran adalah seorang yang sunyi dan haram memang tak popular di
internet. Satu hari ada perlawanan sukan antara pasukan Malaysia dengan
mana-mana pasukan dari negara lain. Ini adalah masa yang terbaik bagi
Amran untuk mendapat perhatian.
Lalu Amran pun meng update
status atau tweet "KALAU MALAYSIA MENANG AKU POTONG KOTE". Menang atau
kalah Malaysia, Amran pasti dapat perhatian. Tapi perhatian yang lebih
akan Amran dapat kalau Malaysia menang.
Di facebook mula si
penggemar jadi admin yang memiliki berjuta-juta page yang dihiasi bunyi
cengkerik akan buat page SEJUTA RAKYAT MALAYSIA MAHU AMRAN POTONG KOTE.
Di twitter pula nama Amran menjadi trend #AmranKote.
Dan
akhirnya Amran akan membuat kenyataan bahawa akaun Facebook atau
Twitternya telah di hack oleh orang yang mempunyai niat busuk terhadap
reputasi sucinya biarpun orang itu sebenarnya tidak wujud. Sekian cerita
Amran si pelacur perhatian.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita di atas sekadar rekaan daripada admin Malaysian Gags,untuk memudahkan kefahaman orang ramai melalui jalan penceritaan,apa yang aku nak ulas ialah sikap masyarakat Malaysia terutama golongan remaja.Rasanya golongan remaja yang suka membuat publisiti ni,tergolong dalam golongan yang kurang mendapat perhatian dari masyarakat sekeliling mereka..
Mereka cuba menonjolkan diri dengan membuat perkara-perkara bodoh dan di luar normal.Apabila perbuatan bodoh mereka mendapat perhatian mereka akan berasa puas,kebanyakkan dari mereka tidak sedar tindakan bodoh itu akan menyebabkan masyarakat mencemuh.Golongan seperti ini suka membuat publisiti murahan agar masyarakat menyedari kewujudan mereka,semalam pasukan Malaysia telah memenangi perlawanan dengan pasukan Loas.
Sebelum perlawanan bermula semalam,ada la 2-3 orang yang cuba menarik perhatian orang ramai dengan meng'update' status yang mengarut di laman sosial mereka,seperti berjanji akan berbogel,kerat kote dan macam-macam lagi kalau Malaysia berjaya menang perlawanan tersebut.Berjanji bagai nak rak,tapi bila pasukan Malaysia menang,haram nak laksanakan janji.
Bagi aku orang seperti ni,mungkin mereka kurang kasih sayang atau gilakan publisiti murahan.Cukuplah menjadi seperti Johari Pain,kerana perbuatan anda kelihatan bodoh.Tidak perlu membodohkan diri kita semata-mata untuk dikenali ramai,kalau nak mendapat publisiti yang luas jadilah penyanyi,pelakon,ahli sukan atau pun orang politik.
No comments:
Post a Comment