Kenapa golongan yang berstatus ustaz ataupun orang beragama tidak terkehadapan dalam memperjuangkan isu alam sekitar?Pada 25 November akan diadakan perhimpunan Hijau di dataran Merdeka Kuala Lumpur bagi membantah operasi kilang Lynas di Gebeng Kuantan.
Apa yang menyedihkan orang terkehadapan memperjuangkan isu ni didominasi oleh golongan non-muslim,kalau ada golongan agama pun hanya dari Parti PAS sahaja.Mungkin tindakan ini juga serampang dua mata bertujuan untuk mencari political mileage,selain berjuang untuk menjaga keharmonian alam sekitar,dimana pak ostad-ostad kita yang lain???
|
Pakcik Tan berkain pelikat, beliau berjalan berkaki ayam dari Kuantan |
Adakah masih berbungkus dalam zon keselesaan??Kenapa tidak cuba menjuarai isu-isu seperti ini?Adakah Islam hanya melibatkan solat,puasa,zakat,murtad dan zina sahaja???Tidak dinafikan golongan non-muslim lebih peka terhadap isu sebegini,kenapa kesedaran mereka terhadap kepentingan alam sekitar lebih tinggi dari umat Islam,sedangkan agama Islam itu agama yang meliputi segenap aspek kehidupan,kitalah yang sepatutnya lebih sedar bukan?
Kita juga sering petah berkata-kata "Islam
is a way of life,back to Islam",tapi mengapa bila berlaku kezaliman terhadap alam sekitar serta memperjudikan kesihatan masyarakat,kita tidak nampak keburukan itu.Sebagai orang yang ada pengaruh (public figure) mereka sepatutnya menyatakan keadilan,tidak guna jika ada pengaruhkalau kita tidak menggunakan dengan sebaiknya,jangan hanya memandang sepi sekadar mengharapkan orang lain yang memperjuangkannya,kita sebagai orang Islam sepatutnya lebih kehadapan agar dapat dijadikan contoh oleh golongan non-muslim.
Tidak perlu masuk mana-mana parti politik semata-mata untuk memperjuangkan isu Lynas ini,cukuplah sekadar menggunakan pengaruh kita untuk bersolidariti serta berkempen menyatakan keadilan.Tak guna golongan agamawan bersilat lidah di hadapan kamera berkhutbah sebagainya,tetapi bila melibatkan kepentingan awam tidak berani menyatakan kebenaran.
Sudah dibuktikan sebelum ini kilang memproses nadir bumi itu mempunyai radiasi yang tinggi,tidak perlu mengambil contoh yang jauh,cukup kita melihat kilang memproses nadir bumi Asian Rare Earth di Bukit Merah,apakah kesannya sekarang terhadap penduduk disekitarnya.Kesan masih dapat dilihat sehingga hari ini.Bukankah ini merosakkan alam sekitar?jadi golongan agamawan yang masih duduk didalam zon selesa,marilah bersama-sama rakyat Malaysia menyatakan kebenaran walaupun pahit.
Walaupun tidak bersama-sama mereka,tetapi aku menyatakan sokongan dan setuju dengan tindakan mereka,aku akan bersama-sama suatu hari nanti.Semoga Lynas dapat ditamatkan operasi kelak.
Sumber gambar: dari FB Anas Abd Jalil
#TIDAK PERLU MENJADI ALIM UNTUK MENYATAKAN KEBENARAN.
No comments:
Post a Comment