Seorang bapa yang dipercayai sedang khayal akibat pengambilan dadah
menyembelih bayinya yang baru berusia 11 bulan di Felda Panching Selatan
dekat Kuantan semalam.
Nur Amirah dikelar dengan senjata tajam ketika dia sedang tidur bersama ibu dan abangnya dalam kejadian kira-kira 9.30 malam.
"Suspek
yang dipercayai sedang khayal telah bertindak mengelar leher bayinya
ketika isterinya keluar dari bilik tidur," kata Ketua Polis Daerah
Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff kepada Bernama.
Suspek yang berumur 29 tahun kemudiannya memaklum perbuatannya kepada isteri dan ibunya.
Beliau
berkata ibu suspek telah membawa bayi tersebut yang dalam keadaan
kritikal ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, namun bayi berkenaan disahkan
meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
"Suspek kemudiannya
ditahan di dalam sebuah kereta di lampu isyarat dekat Kem Batu 10
bersama bapa dan adik lelakinya, yang dipercayai mereka dalam perjalanan
ke balai polis untuk menyerah suspek kepada pihak polis,"
kata Mohd Jasmani.
Suspek didapati positif dadah metamphetamine dan amphetamine selepas ujian air kencing dilakukan, katanya.
Pihak polis turut menemui parang dan pisau di tempat kejadian.
BERNAMA
No comments:
Post a Comment