Tuesday, 20 November 2012

Jika sahabat seorang pelaku maksiat





Jika sahabat seorang pelaku maksiat, nasihatkanlah dia teruskan sembahyang, zikir dan istighfar sehingga dia merasa jijik pada maksiat.

Tabiat sembahyang ini kena berulang-ulang sehingga lekat di hati. Beritahu dia bahawa mula-mula sembahyang, zikir dan istighfar akan terasa berat, dan tidak terasa apa-apa di hati, bagaikan kereta di gear 1, teruskan berulang-ulang, ia akan terasa di hati – selepas itu dia akan dapat merasa imannya bagaikan kereta di gear 5.

Sahabat itu akan bertanya, berapa lama sebelum dia akan terasa di hati? Bagitahulah dia, ia bergantung kepada paras dosa dia. Nasihatkan juga dia, lebih khusyuk jika dibuat tengah malam daripada waktu siang.

Bagitahu juga sentiasa kena ulang-ulang – sebab air liur baik yang dihasilkan ketika memohon ampun daripada Allah akan mencairkan hati yang keras – dan apabila sampai di tahap tersebut, akan terasa seronok dengan iman dan dia tak akan buat maksiat pada Allah.

Sekadar berkongsi petua. Senyum.

Sumber:copy paste dari facebook

No comments:

Post a Comment