Ini adalah keratan berita dari BERNAMA
----------------------------------------------------
Datuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat India di negara ini supaya
menilai semula sumbangan dan bantuan Kerajaan Barisan Nasional (BN)
kepada masyarakat itu sepanjang empat tahun ini.
Perdana
Menteri berkata banyak masalah tertunggak masyarakat itu telah dapat
diselesaikan oleh kerajaan termasuk memberi peruntukan besar untuk
meningkatkan taraf pendidikan dan ekonomi mereka.
"Sejak
menjadi Perdana Menteri, peruntukan untuk kaum India bertambah dengan
begitu ketara sekali...bantuan untuk sekolah Tamil antara 2009 hingga
2012 mencecah RM300 juta dan RM100 juta lagi kita tambah dalam bajet
2013," katanya ketika berucap melancarkan Buku Tamil Karya Penulis
Tempatan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya malam tadi.
untuk berita penuh boleh baca sini
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa yang aku nak kongsi ialah pandangan aku sebagai rakyat yang bertanggungjawab (bertanggungjawab ke??kah kah kah),sebagai kerajaan yang bertanggungjawab tidak wajar segala perkara serta sumbangan yang telah dilakukan oleh pemimpin diungkit,jika benar kerajaan membantu sekalipun biarlah rakyat yang menilai semula segala pemberian tu.Bagi aku jika kerajaan itu benar-benar bertanggungjawab sudah tentu rakyat akan memilih semula untuk mandat yang seterusnya,kau sebagai pemimpin amat tidak wajar untuk mengungkit,kerana itu sememangnya tugas sebuah kerajaan.
Bagi aku bantuan dan sumbangan itu memang tugas yang wajib bagi sesiapa yang menjadi kerajaan hatta kalau menjadi kerajaan di Bangladesh pun kerajaan sepatutnya membantu meringan beban rakyat mereka.Tugas kerajaan adalah wakil kepada rakyat untuk menjaga amanah yang diberikan untuk mengurus segala dana negara,jadi tak hairanlah pilihanraya diadakan untuk memilih wakil yang layak untuk memikul amanah yang diberikan.Jika tidak mampu memikul amanah janganlah sibuk berkempen untuk menjadi calon,adakah tindakan melobi untuk menjadi wakil rakyat semata-mata untuk memudahkan urusan untuk mengaut keuntungan dari projek kerajaan?
Segala bantuan yang diberikan itu adalah dari hasil mahsul negara dan setiap orang yang menjadi warganegara akan dapat menikmati hasil negara.Selain itu cukai-cukai yang dikenakan seperti cukai pintu,perkhidmatan,jalan dan sebagainya itu juga merupakan hasil negara dan sepatutnya dikembalikan kepada rakyat untuk keselesaan bersama.Jadi tidak timbul isu ungkit mengungkit tentang bantuan yang telah kerajaan berikan,kerana itu semua milik rakyat dan kerajaan hanya orang tengah yang bertindak sebagai wakil untuk mengurus dana negara.
Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat.Media juga perlu menukar istilah duit kerajaan kepada istilah wang pembayar cukai kerana bantuan
atau pembangunan yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seolah-olah
ianya harta milik parti yang memerintah.Tindakan yang dilakukan
seolah-olah parti tersebut bermurah hati untuk membantu rakyat..Bagi aku media mainstream di negara kita masih jahil atau cuba membodohkan pemikiran rakyat dan tidak dapat membezakan antara kerajaan dan parti.
Jadi tidak hairanlah masih ramai rakyat Malaysia tidak merasakan apa-apa bila sesuatu projek kerajaan dibazirkan,rugi atau diselewengkan,kerana rakyat merasakan seolah-olah duit yang dibazirkan itu adalah duit ahli politik atau duit parti tersebut.Jika rakyat memahami istilah wang pembayar cukai,ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka peminta sedekah kepada kerajaan atau terlalu mengaharapkan bantuan dan bagi mengelakkan ahli politik lupa
diri terhadap dana awam yang mereka belanja atau isytiharkan dalam
kempen politik mereka.
Kita sebagai rakyat perlu sedar dengan kuasa yang ada pada kita,kita tidak perlu takut kepada kerajaan kerana RAKYAT ADALAH BOSS tunjukkan kuasa yang ada pada kita agar kerajaan yang dilantik tidak sewenang-wenangnya menggunakan dana awam untuk kepentingan diri sendiri.Gunakan undi kita untuk mendapat kerajaan yang bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment