Sunday 25 November 2012

Dataran Merdeka dinaiktaraf dengan emas

Dataran Merdeka terpaksa ditutup untuk kerja-kerja naiktaraf,tapi apa yang lebih menggemparkan kawasan tersebut terpaksa dijaga oleh polis.Dikhabar pihak DBKL menaiktaraf kawasan tersebut dengan hiasan emas serta berlian bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke kawasan yang bersejarah tersebut.Dataran Merdeka mungkin akan dijadikan kawasan larangan seperti Kota Larangan di Beijing.Ok sebenarnya cerita ni tidak ada kaitan dengan alam sebenar mahupun alam bunian,ini semua hanyalah cerita dogeng rekaan semata-mata KAH KAH KAH.Korang boleh baca kat bawah apa yang aku nak membebel.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam surat khabar online Malaysiakini hari ini melaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekali lagi menutup Dataran Merdeka kali ini dengan alasan kerja naiktaraf yang diadakan di kawasan berkenaan.Alasan yang diberikan oleh DBKL seolah-olah cuba untuk memperbodohkan orang ramai,jika benar sekalipun Dataran Merdeka ditutup untuk kerja-kerja naiktaraf,kenapa seramai 30 orang pihak DBKL serta hampir 100 orang polis berkawal dikawasan tersebut?Kepala bana apa polis menjaga kawasan yang dinaiktaraf?Polis sudah tiada kes untuk disiasat ke?Marilah kita bersangka baik,mungkin semua kes jenayah sudah berjaya diselesaikan.kah kah kah kah

Rasanya tak perlu nak membodohkan masyarakat dengan alasan begitu.Semua orang tahu tindakan ini bertujuan untuk menyekat kumpulan peserta perarakan Himpunan Hijau yang dijangka akan menamatkan perarakan jalan kaki 300km mereka di lokasi berkenaan hari ini.Lebih baik Dataran Merdeka ditukar kepada Dataran Penjajah,atau senang cerita tutup saja kawasan berkenaan dan jadikan sebagai kawasan larangan.

Mungkin kerja-kerja naiktaraf selepas ini anggota polis terpaksa digunakan bagi menjaga kawasan tersebut.Rasanya tugas pihak polis sekarang luar daripada normal kebiasaan,patutlah kes jenayah masih banyak belum diselesaikan.Dulu tugas polis menjaga keamanan sekarang kerja polis untuk menjaga kawasan yang dinaiktaraf.Untuk artikel penuh boleh baca disini

#DBKL amat rajin bekerja pada hari Ahad,tahniah atas kerajinan anda.Tabik springgggggg

No comments:

Post a Comment