Wednesday, 21 November 2012

Berdoa merupakan satu jenayah????

 Kebelakangan ni semakin banyak laporan-laporan yang dilaporkan kepada polis tidak masuk akal,salah satunya berlaku di Kemaman Terengganu, sekumpulan NGO melaporkan kepada pihak polis tentang kedatangan Anwar Ibrahim,dan yang terbaru seorang wanita di Kelantan dikatakan membuat laporan kepada polis tentang doa yang dibaca semasa perhimpunan muktamar PAS yang ke-58 lalu yang mendoakan kehancuran parti BN dan UMNO.

Apa yang menimbulkan persoalan,atas kapasiti apa pihak polis untuk menyisat kes ini???Aku sebagai rakyat Malaysia sudah muak dengan tindakan-tindakan bodoh seperti ni,masih banyak lagi tugas polis untuk menyiasat kes jenayah.Kalau nak lawan,buatlah dengan cara yang betul,dalam Islam diajar kalau berdoa lawan la dengan doa....kah kah kah sudah-sudah la buat lawak bodoh Check it out! #NESCAFEonthelife


Doa merupakan satu ibadah dalam Islam. Ia memang perbuatan dianjurkan oleh Allah swt itu sendiri menurut hadis.Semakin kita berdoa kepada Allah swt maka semakin Allah S.W.T sayang kepada kita.

Doa juga merupakan satu interaksi langsung antara manusia dengan Allah S.W.T, jadi selepas laporan polis dibuat, siapa yang Polis nak siasat? Takan nak siasat manusia yang berdoa? Sejak bila doa itu merupakan satu kesalahan pula?baca disini untuk ulasan lanjut


No comments:

Post a Comment