Wednesday 14 November 2012

Biarkan orang mati asal duit tak hangus


Apa yang aku ingin kongsi ialah mengenai pemikiran rakyat Malaysia,pengadu ni ada point kukuh,cuba kita fikir adakah korang sanggup membuat amal jariah dan bayar saman RM300 bagi memberi laluan kepada ambulan dalam keadaan kecemasan dengan melanggar lampu isyarat yang dipasang AES?Aku rasa korang tak sanggup sebab korang termasuk aku la,tak akan buang duit semata-mata sebab nak bagi laluan kepada ambulan.Mungkin kedengaran agak kejam,tapi fikirlah keadaan kos hidup masa kini,kita ta akan biar RM300 hangus macam tu je kan????

Apa yang bakal menjadi masalah selepas ni ialah nyawa pesakit di dalam ambulan akan menjadi pertaruhan apabila para pengguna akan bertindak pentingkan diri bagi mengelakkan disaman,jika AES di pasang di kawasan lampu isyarat.Kerajaan sebagai pemerintah sepatutnya membuat kajian atau buat bancian minta pandangan rakyat terlebih dahulu sebelum melaksanakannya.

Lepas ni kalau kalau polis nak escort orang kenamaan jangan minta orang bagi laluan la,sebab rakyat tak akan langgar lampu isyarat semata-mata nak bagi laluan kat korang.Sebelum sesuatu perkara dilasanakan,kajian terperinci sepatutnya dijalankan,bukan lepas dilaksanakan baru kajian nak dilakukan.

Sebagai rakyat aku tak pernah menentang usaha-usaha kerajaan untuk mengurangkan masalah kemalangan jalan raya,tapi pelaksanaan perlulah sesuai dengan iklim masyarakat.Kerajaan mungkin boleh mengambil contoh dari negara yang telah melaksankan sistem ni.Aku pernah baca di US kamera macam ni bukan lah beroperasi 24jam,ada juga masanya kamera ni tak beroperasi.

No comments:

Post a Comment