Friday 9 November 2012

RAJA tidak peduli kritikan

Sejak kebelakangan ni pasukan kebangsaan Harimau Malaya semakin goyah,kalau dilihat berdasarkan prestasi semasa dalam perlawanan persahabatan sebelum-sebelum ni,skuad Harimau Malaya mencatat kekalahan berturut-turut menentang Vietnam dan Thailand.Sikap Rajagobal yang ego dan masih belum mahu mengakui kegoyahan pasukan kebangsaan amat mengecewakan dan seperti tiada apa-apa.Sebagai penyokong,kita pasti akan kecewa apabila pasukan negara tewas kerana taktikal yang tidak menjadi.Sepatutnya Rajagobal mengakui kelemahan taktikal yang wujud,bukan hanya pandai memberi alasan.

"Saya sebagai jurulatih kenal pemain saya dan tahu bila pasukan saya akan bangkit,” itulah antara kata-kata yang sering diucapkan apabila skuad negara tewas dalam perlawanan persahabatan.Selain itu beliau juga sering memberi alasan perlawanan persahabatan yang dilakukan hanya untuk eksperimen.Kalau ye pun nak eksperimen tak kan nak kalah je.Adakah beliau mahu mengharapkan tuah semata-mata semasa perlawanan AFF yang akan berlangsung tak lama lagi?Kalau di imbas kembali sebelum memenangi pingat emas di sukan SEA 2009 pasukan negara diringi dengan tuah apabila gol kemenangan yang dijaringkan ketika menentang Thailand pada masa kecederaan oleh Ahmad Fakri Saarani membawa kemenangan 2-1 ke atas Thailand untuk mara ke separuh akhir.

Diharap Rajagobal dapat membuat perancangan taktikal yang betul dengan baki masa yang ada sebelum kejohanan AFF berlangsung pada 25 November ini.Walau macam mana pun kita perlu memberi peluang kepada Rajagobal untuk membuktikan bahawa projek eksperimen yang sering diucapkan oleh beliau setiap kali skuad negara menerima kekalahan dalam perlawanan persahabatan akan membuahkan hasil.



Bagi aku sepatutnya pasukan malaysia sudah ada pemain yang tetap di posisi masing-masing.Cuba lihat pasukan-pasukan negara lain,setiap posisi sudah di isi dengan pemain yang 'establish" buat apa kalau asyik buat eksperimen saja menyebabkan pasukan kelaut dan hancur....

P/S: Apa-apa pun selamat berjaya untuk kejohanan AFF kali ni.Kita tengok je hasil dia selepas kejohanan ni.Hidup Kinggobal KAH KAH KAH

No comments:

Post a Comment