Saturday, 17 November 2012

Jom jadi bodoh :)

Jom kita tambahkan kefahaman kita :) Apa yang akan berlaku bila belanjawan atau bajet defisit.Apa itu defisit...fahami apa makna defisit,tolong jangan jadi bodoh,ambil tahu juga isu-isu negara....bukan kena jadi menteri baru nak ambil tahu hal negara

#jadilah rakyat yangg bertanggungjawab,kata nak jadi masyarakat kelas pertama :)


Pada hakikatnya hutang kerajaan ini mesti dibayar pada satu hari nanti dan sudah tentu yang bertanggungjawab membayar hutang-hutang tersebut adalah generasi akan datang, iaitu generasi anak-anak dan cucu-cucu kita
. Untuk menangani masalah hutang kerajaan ini di masa hadapan perbelanjaan kerajaan sudah tentu akan terpaksa dikurangkan sementara pendapatan kerajaan pula sudah tentu juga perlu ditambahkan. Ini bermakna satu hari nanti polisi-polisi berikut akan terpaksa dilaksanakan:
1) Cukai akan dinaikkan. Ini termasuk cukai pendapatan, cukai impot, cukai perkhidmatan, cukai jualan dan lain-lain
2) Pelbagai bentuk subsidi terpaksa dikurangkan atau dihapuskan, termasuk subsidi minyak petrol dan disel, subsidi makanan, subsidi padi, subsidi pendidikan dan lain-lain
3) Yuran bagi perkhidmatan kerajaan akan terpaksa dinaikkan seperti yuran persekolahan, yuran perkhidmatan kesihatan dan lain-lain
4) Gaji penjawat awam akan terpaksa dipotong
5) Pencen juga akan terpaksa dipotong
6) Usia persaraan akan dilanjutkan
7) Saiz sektor awam terpaksa dikecilkan dengan memberhentikan pekerja sektor awam secara paksa
8) Dan lain-lain langkah yang difikirkan perlu untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan
Saya sangat yakin tentang keperluan langkah di atas dilaksanakan satu hari nanti kerana sebenarnya kesemuanya telah dan sedang dilaksanakan di beberapa buah negara di Eropah seperti Britain, Greece dan Sepanyol.


Sumber: http://profnazari.blogspot.com/2012/09/bajet-2013.html?spref=fb
 
 

No comments:

Post a Comment