Sedangkan Sabun pon ada power, Masakan kaabah tiada power!
http://goo.gl/oTz38 (link Berita Harian mengenai video klip ini)
"Hatijah, 57, yang dikenali sebagai Ummu Jah di kalangan bekas pengikut Al-Arqam, mendakwa memperoleh kebolehan itu selepas mendapat 'power Kaabah' ketika melakukan tawaf tahun lalu sehingga mampu menghubungi Rasulullah, Asaari atau Abuya serta Imam Mahdi."
"Berhubung dengan 'power Kaabah', Hatijah mendakwa ketika melakukan tawaf dan melambai-lambai ke arah Hajar Aswad, beliau melihat keluarnya cahaya bererti 'power Kaabah' sudah dibuka olehnya.
"Kuncinya itu dibuka oleh tangan saya. Walhal Abuya anak kuncinya, Rasulullah dan Saidi (Syeikh Muhamad As-Shuhaimi yang dipercayai Imam Mahdi) adalah tuannya," katanya."
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mula aku tengok video ni,aku ingat video iklan Otromen versi Malaysia kah kah kah,takde keje ke pengikut Al-Aqram nii???Atas tu description video tu,apa yang aku komen ialah video ni sumpah kelakar dan mengarut kah kah kah,cukup la cubaan menghidupkan semula ajaran sesat tu...
Jangan la buat benda-benda mengarut lagi,buat la benda yang ada faedah sikit,dari komen-komen yg aku baca kat youtube tu ramai yang pertikai tujuan video ni diterbitkan.Yang tukang dislike lagi ramai dari yang like.Ramai lagi pentaksub Asaari rupanya,cukup la kesalahan yang dilakukan dahulu,kembali la ke pangkal jalan.Tak rugi sedikit pun kalau kembali kepangkuan Islam yang sebenar.
No comments:
Post a Comment